Alhamdulillah, tuan/puan kini telahpun selesai dirawati oleh pihak kami samada rawatan secara menghadirkan diri ke Cahaya Metafizik Centre mahupun rawatan secara jarak jauh. Usah skip penulisan ini, teruskan membaca.
Andai tuan/puan memang merupakan pesakit kami secara terus (bukan sebagai wakil pesakit), maka pihak kami amat menggalakkan tuan/puan agar memuat turun/download nota-nota di bawah ini, cetak dan lalu mengamalkannya sepanjang hayat supaya kesembuhan itu adalah bersifat berkekalan atau risiko untuk gangguan itu berulang kembali menjadi sangat-sangat minima.
Sila gunakan password yang sama pada sebelum ini.
- Nota Cahaya Metafizik Selepas Rawatan V.2.0: KLIK
- Akad Pembersihan Energi Rohani Diri: KLIK
- Akad Pemutus Perjanjian Jin: KLIK
Nota di atas ini sentiasa akan dikemaskini pada setiap beberapa bulan, jadi tuan/puan digalakkan untuk sentiasa login website ini agar tidak terlepas untuk memuat turun nota-nota yang terkini.
Jika tuan/puan hanya sekadar wakil kepada pesakit-pesakit yang kami telah merawatinya tanpa pengatahuannya, maka tiada masalah andai mereka tidak membaca nota-nota di atas ini.
SENSASI RAWATAN BAGI SETIAP PESAKIT
Untuk pengatahuan tuan/puan, sensasi yang dirasai oleh para pesakit selepas dirawati oleh pihak kami adalah berbeza-beza antara satu sama lain. Mungkin pesakit A menyatakan tubuhnya berasa ringan, mungkin pesakit B menyatakan dirinya merasai ketenangan jiwa, mungkin pesakit C merasakan rezekinya semakin melimpah-ruah dan pesakit D pula mungkin menyatakan dirinya tidak merasai apa-apa sensasi pun.
Kenapa sensasi selepas rawatan bagi setiap pesakit itu adalah berbeza-beza? Ianya bergantung di atas tahap kepekaan energi pada diri masing-masing dan juga energi jenis apakah yang telah 'diblok' oleh gangguan ghaib semasa pesakit itu masih belum lagi mendapatkan rawatan. Apa-apapun usah risau, apa yang paling penting adalah segala gangguan yang berada pada diri tuan/puan selama ini telahpun selesai kami bersihkan secara total.
Sekiranya tuan/puan memiliki pertanyaan yang lebih lanjut, maklumkan sahaja kepada pihak kami, insha'Allah kami akan membantu sebaiknya.