Buat mana-mana pesakit yang telahpun mendapatkan rawatan alternatif samada di Cahaya Metafizik Centre ataupun di mana-mana pusat rawatan yang lain, iaitu dirinya sudah tiada lagi gangguan jin mahupun sihir, maka di bawah ini adalah senarai tip dan amalan yang perlu diamalkan bagi mengekalkan kesembuhan seumur hidup dengan izin Yang Maha Kuasa. 1. TERAPI GROUNDING / MEMIJAK TANAH
Para pesakit amat digalakkan untuk melakukan terapi grounding iaitu dengan cara memijak tanah atau rumput atau pasir sambil berkaki ayam. Amalkan 5-10 minit sehari pada bila-bila masa sahaja atau seminggu minima 3-kali. Jadikan ia sebagai amalan seumur hidup. Tanah atau rumput atau pasir yang dimaksudkan itu adalah yang betul-betul berada di atas bumi, ia tidak sesuai bagi mana-mana tanah di taman-taman yang berada di atas bangunan contohnya tanah di 'rooftop garden' hotel, kondominium dll., elakkan. Tanah yang terbaik adalah pasir pantai yang sedang dibasahi oleh ombak laut atau tanah di makam-makam para aulia. Usah risau, apa-apa jenis tanah pun boleh, pilihlah yang mana-mana berdekatan dengan rumah masing-masing. Sebelum memulakan terapi grounding, niatkan dahulu: "Ya Allah, Ya Tuhanku, sekarang ini aku sedang melakukan terapi grounding, maka segala energi pada diriku ini menjadi seimbang dan lancar. Aku turut melepaskan segala energi negatif yang terkandung di dalam tubuhku ini masuk ke dalam tanah-Mu ini serta aku menyerap segala zat-zat yang baik dan energi positif dari tanah-Mu ini". Jika non-muslim, tukarkan sahaja perkataan 'Allah' kepada 'Oh, God'. Setelah selesai melakukan terapi grounding, sila basuh kaki bersih-bersih dengan sabun. 2. TERAPI SUNBATHING / BERJEMUR DI BAWAH SINARAN MENTARI
Tahukah tuan-tuan apakah sumber tenaga paling utama di muka bumi ini? Jawapannya adalah matahari. Untuk memperkuatkan tenaga dalaman diri agar menjadi sentiasa segar dan rajin, amalkan selalu menyerap energi dari cahaya matahari.
Cara-cara untuk menyerap zat energi cahaya matahari masuk ke dalam diri adalah dengan cara menjemurkan sahaja diri di bawah terik matahari yang tidak merbahaya iaitu sekitar jam 10:30 pagi - 11:30 pagi. Semasa sedang berjemur itu, niatkan:
"Ya Allah, Ya Tuhanku, sekarang ini aku sedang menyerap energi cahaya matahari-Mu ini untuk memperkuatkan tenaga dalamku ini sehingga ke tahap yang paling maksima. Segala 'heavy negative energy' pada diri diriku ini semuanya mencair dan lenyap".
Jika non-muslim, tukarkan sahaja perkataan 'Allah' kepada 'Oh, God'. Jemurkan sahaja diri selama 2-5 minit, kemudian boleh sambung kembali melakukan rutin-rutin harian. Amalkan pada setiap hari atau minima seminggu 3-kali seumur hidup.
3. TERAPI BATH SALTS / MANDIAN GARAM KASAR DAN LIMAU/LEMON
Bath salts/mandian garam kasar merupakan amalan rutin yang paling wajib dilakukan bagi mana-mana mereka yang mengambil berat tentang kerohanian dirinya. Ia merupakan amalan purba yang kekal relevan diteruskan sehinggalah ke hari ini.
Sesiapa yang mengamalkan mandi garam, insha'Allah, dirinya amat sukar untuk terkena sihir kejahatan, amat sukar untuk ditembusi penyakit ain (evil eye) dan segala nasib-nasib malang pada sebelum ini akan perlahan-lahan sembuh.
Cara mandinya amat mudah sahaja iaitu sediakan:
+ Baldi besar,
+ Garam kasar masakan 1 senduk,
+ Buah limau purut 1-3 biji atau sebiji lemon,
+ Bunga-bungaan yang wangi dan tidak beracun (jika ada),
+ Essential oil (jika ada).
Masukkan garam kasar ke dalam baldi, perahkan 1-3 biji limau purut atau sebiji lemon, tambahkan air suam atau sejuk sehingga 1/2 baldi atau 3/4 baldi. Jika ada bunga-bungaan, masukkan juga sekali (tidak wajib). Titiskan essential oil 2-3 titis (tidak wajib). Kacaukan air itu mengikut arah lawan jam sehingga garam itu 70%-100% larut.
Setelah mandi bersyampu, bersabun, jadikan air mandian garam itu sebagai bilasan yang terkahir. Segala hampas-hampas limau dan bunga (jika ada), buangkan ke dalam sungai/parit yang airnya mengalir atau tanamkan atau letakkan di mana-mana pokok/semak.
Boleh amalkan maksima sebanyak tiga kali seminggu atau minima sekali seminggu. Boleh mandi pada bila-bila masa sahaja samada pagi, petang atau malam, terpulang pada masa terluang diri masing-masing.
Untuk lebih mudah, dapatkan sahaja Healing Halite, sila klik di SINI.
4. AMALKAN MAKAN MAGNESIUM GLYCINATE
Buat mereka yang pernah diganggu makluk ghaib atau sihir, biasanya keadaan tidurnya tidaklah begitu dalam lenanya, sendi dan sarafnya kerap sakit-sakit atau rasa menegang/mencucuk, jiwanya berserabut atau kerap berubah-ubah emosi tanpa sebab yang nyata.
Setelah mendapatkan mana-mana rawatan alternatif, untuk mempercepatkan lenyapnya keadaan seperti di atas, amalkan sahaja mengkonsumsi Magnesium Glycinate sebanyak sebiji sehari. Boleh dapatkan di mana-mana farmasi yang terdekat, harga sepapan sekitar RM10.
Insha'Allah segala masalah keserabutan jiwa, tidur yang tidak lena serta sengal-sengal sendi atau tidak selesa saraf akan perlahan-lahan terkawal.
5. PAKAI HEALING OIL ATAU MINYAK KASTURI ASLI
Kerap-kerapkan diri berwuduk serta memakai minyak kasturi sebelum tidur untuk mengelakkan jin-jin parasit mendekati diri semasa sedang tidur lena. Jin-jin parasit teramatlah tidak menyukai terhadap sesiapa sahaja yang memakai minyak kasturi asli. Jin-jin parasit itu akan menjauhkan diri sehinggalah bau minyak kasturi itu hilang.
Mencari minyak kasturi yang asli/original itu teramatlah mencabar, kena pandai-pandai mencarinya atau boleh dapatkan sahaja di Cahaya Metafizik Centre. Minyak kasturi di Cahaya Metafizik Centre adalah yang paling kuat energinya kerana ianya 100% kasturi asli/original malah sudah dicampur pula dengan 8 lagi bahan-bahan yang tersangat dahsyat daya kekuatan 'healing energy'.
Untuk membaca info lanjut tentang Healing Oil, boleh klik di SINI.
Kesimpulannya, bagi sesiapa yang mengamalkan tip-tip di atas selepas mendapatkan mana-mana rawatan alternatif, insha'Allah kesembuhannya adalah bersifat berkekalan. Jin dan sihir di dalam tubuh mestilah dibuang dahulu kemudiannya barulah impak positif dari tip-tip di atas ini menjadi sangat-sangat optima!

