Menyembuhkan Diri Dengan Air Hujan Bulan Purnama


Seperti mana yang tuan-tuan tahu, bulan purnama adalah bersifat memperkuatkan segala 'inner energy' yang berada di permukaan bumi. Dari sudut metafizik, bulan purnama adalah bersifat 'vibration amplifier' terhadap segala energi yang positif mahupun negatif yang berada di bumi. Maka, sebab itulah ketika bulan sedang purnama, insan-insan yang memiliki 'healing energy' atau 'positive energy' akan semakin tenang manakala, insan yang sedang memiliki gangguan jin/sihir pula akan semakin berserabut dan mengalami sakit-sakit misteri.

Air hujan sifatnya adalah positif, maka bulan yang sedang purnama akan memperkuatkan lagi 'vibration' positif pada air hujan tersebut menjadi berlipat-lipat kali ganda. Jauh lebih baik jika awan itu adalah jenis yang berpetir-petir! Kenapa? Kerana 'vibration' positif pada air hujan itu akan bertambah-tambah kuat lagi oleh kerana dicas (dikuatkan) oleh dua faktor iaitu dicas oleh bulan yang sedang purnama dan juga dicas oleh energi petir yang sabung-menyabung. Disebabkan air hujan bulan purnama tersebut adalah bersifat positif, maka ia boleh digunakan sebagai ikhtiar perubatan alternatif.

Bagaimanakah untuk tahu bilakah bulan akan purnama? Sila rujuk di website Moon Phase.

MANFAAT AIR HUJAN BULAN PURNAMA

Air hujan di malam hari ada pelbagai jenis iaitu; air hujan pada malam jumaat, air hujan ketika bulan sedang purnama, air hujan ketika bulan sedang purnama sambil disulami kilat sabung-menyabung dan juga air hujan ketika malam Lailatulqadar. Setiap jenis air hujan di malam hari memiliki 'power' yang tertentu, bergantung di atas rezeki masing-masing mampu menadah air hujan yang mana satu.


Antara manfaat-manfaat air hujan bulan purnama di dalam ikhtiar perawatan alternatif adalah:

+ Mempasifkan jin negatif yang sedang menghuni di dalam tubuh,
+ Mentawarkan sihir-sihir ilmu hitam,
+ Melenyapkan penyakit-penyakit ain (evil eye),
+ Menerangkan hati,
+ Mengurangkan anxiety,
+ Mengawal depression,
+ Menyembuhkan sakit-sakit misteri (non-medical),
+ Melembutkan jiwa yang keras,
+ Mempertajamkan intuisi dan minda,
+ Membantu anak yang lambat bercakap (speech delay).

Dan ada terlalu banyak lagi manfaat-manfaatnya yang lain yang tidak tertulis di sini.

PANDUAN MENADAH AIR HUJAN BULAN PURNAMA

Sediakan baldi yang besar yang bersih, tadahkan sahaja air hujan yang turun pada malam bulan sedang purnama. Sah untuk hujan selepas azan Isya sehingga ke azan subuh. Boleh tadah sehingga berbaldi-baldi jika larat.

Pastikan baldi itu diletakkan tinggi dari aras tanah agar air hujan yang terpercik dari tanah tidak masuk kembali ke dalam baldi (momentum hujan sangat kuat). Boleh letakkan baldi di atas bumbung kereta (cucikan dahulu bumbung kereta tersebut).

Elakkan tadah air hujan yang mengalir dari bumbung rumah, kenapa? Sebab di atas bumbung rumah tersangat kotor iaitu penuh dengan lumut, najis burung, sarang serangga dll. Jauhkan juga sedikit dari tiang lampu untuk elakkan kelkatu/serangga masuk ke dalam baldi.

CARA MENGGUNAKAN AIR HUJAN BULAN PURNAMA

Tuan-tuan adalah bebas untuk menggunakan air hujan bulan purnama ini mengikut niat atau 'intention' masing-masing asalkan tujuannya adalah untuk kebaikan. Tidak perlu masak/panaskan air tersebut kerana air hujan di malam hari sememangnya teramat-amat bersih.

Curahkan air hujan bulan purnama ke dalam gelas, niatkan air hujan itu digunakan untuk apa, penerang hati? penyeri wajah? mempertajamkan intuisi/mata batin? merawat anxiety? merawat depression? merawati gangguan jin/sihir? terpulanglah di atas apa-apa niat yang baik, tiupkan sahaja ke arah air dan minum.

Boleh juga di buat mandian; tambahkan 1 senduk garam kasar ke dalam baldi, tambahkan bunga-bungaan yang wangi (jika tiada bunga yang wangi, letak sahaja bunga-bungaan biasa yang tidak beracun contohnya seperti bunga raya, bunga kekwa liar dll. dan tambahkan essential oil atau daun pandan yang direbus agar wanginya keluar), tambahkan limau purut/lemon/limau nipis, kacau mengikut arah lawan jam dan mandi sahaja (boleh jadikan bilasan yang terakhir selepas bersabun), insha'Allah segala nasib-nasib malang dan 'generation cursed' akan lenyap.

Jika memiliki pasangan/anak yang amat keras kepala (maksudnya keras kepala yang tidak kena pada tempatnya), baran tidak tentu hala, maka sediakan segelas air hujan, lalu dibacakan doa:

"Ya Allah, lembutkan hati (sebutkan nama penuh pasangan/anak seperti di kad pengenalan) seperti mana Engkau melembutkan besi Nabi Daud A.S"


Atau, jika non-muslim: 

"Oh God, please gentling and soften the heart of (nama penuh seperti di kad pengenalan) just as You softened the iron for Prophet David/Dawud, peace be upon him".

Kemudian, berikan mereka minum.

Andai tuan-tuan memiliki anak yang lambat bercakap, sediakan segelas air hujan bulan purnama, tujukan Al-Fatihah kepada Nabi Musa AS kemudian lalu dibacakan doa Nabi Musa AS, niatkan agar anak itu mampu bercakap dengan lancar lalu ditiupkan ke arah air dan berikan anak itu minum. Amalkan jika memiliki air hujan.

'MOON WATER' JIKA MALAM BULAN PURNAMA ITU TIDAK HUJAN

Andai kata bulan sedang purnama tetapi tidak turun hujanlah pula, bagaimanakah untuk mendapatkan manfaat air bulan purnama? Usah risau, kita boleh buatkan sendiri 'moon water'! Orang-orang Arab atau di negara-negara yang kurang hujan akan membuat 'moon water'Manfaat 'moon water' hampir sama sahaja seperti air hujan di atas

Beli beberapa botol air mineral (contohnya Spritzer, Ice Mountain dll.), pastikan air mineral, bukan air penyulingan, ataupun dapatkan sahaja mana-mana air telaga atau air di puncak bukit/gunung, masukkan ke dalam besen/baldi atau botol besar.

Jemurkan di bawah sinaran bulan purnama, jika ada awan tebal menutup bulan pun tidak mengapa, teruskan sahaja menjemur. Boleh dijemur pada bila-bila masa dari selepas azan Isya sehinggalah ke azan subuh, jemur 3-4 jam pun boleh. Jika jemur menggunakan botol, sila bukakan penutupnya. Elakkan dari dimasuki kelkatu, siput babi dll., ke dalam air, gunakan kreativiti sendiri.


Bacakan ayatul qursi dan tiupkan pada air sebelum jemur untuk elakkan ada jin negatif mengganggu air tersebut. Jika non-muslim, boleh ketukkan 'copper singing bowl' pada tengah/tepi besen/baldi air sambil minta tuhan lindungi dari diganggu energi negatif dan ketuk sekali lagi 'singing bowl' setelah selesai menjemurnya.

Jika tuan-tuan memiliki wang yang lebih, beli botol kaca di mana-mana Mr.DIY atau kedai serbaneka yang terdekat untuk simpankan 'moon water' tersebut kerana 'moon water' sangat serasi dengan botol-botol kaca untuk penyimpanan lama (atau botol tembaga tetapi mahal). Baca dulu ayatul qursi (Mp3 pun boleh) pada botol kaca itu untuk melenyapkan segala energi negatif kerana ada banyak tangan yang memegangnya semasa ianya berada di rak kedai. Jika non muslim, gunakan kaedah 'smoke cleansing'.




Share:
Visit My URL

Kod QR Pembayaran Cahaya Metafizik™

Sebarang Pertanyaan, Nyatakan Di Sini













Jumlah Pengunjung Cahaya Metafizik™