Rawatan Metafizik Menjana Kekuatan Energi Pesona Diri Dan Kerezekian


Seperti mana yang tuan-tuan tahu, warna frekuensi asas yang terpancar dari 'subtle' tubuh manusia hanyalah terdiri dari tujuh warna sahaja iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, dan ungu. Lazimnya, tidak kesemua manusia itu terpancar ketujuh-tujuh warna tersebut kerana rata-rata dari manusia akan mengalami 'energy blockage' lalu menyebabkan dirinya hanya memancarkan dua atau tiga warna sahaja. Usah risau, itu adalah perkara biasa dan ianya tidaklah memberikan banyak kemudaratan pun.

Apakah itu energi pesona diri? Oleh kerana warna asas frekuensi diri manusia itu hanyalah terdiri dari tujuh warna sahaja (sila rujuk kembali perenggan di atas), maka warna-warna lain seperti warna merah jambu/pink, dan warna emas bukanlah warna asal dari diri manusia, ianya adalah warna tambahan yang diambil dari sumber-sumber luar. Jadi, andai terdapat manusia yang memiliki frekuensi yang berwarna merah jambu/pink yang terpancar jelas dari dirinya, ini bermakna warna frekuensi tersebut adalah diambil dari sumber luar yang berfungsi untuk menguatkan daya tarikan pesona dirinya.

Di bawah ini adalah jadual warna-warna frekuensi diri manusia dan fungsinya:

Warna Frekuensi Fungsi
Ungu Ilham dan pemikiran yang jelas
Indigo Intuisi dan kepekaan batin
Biru Komunikasi dan ketenangan
Hijau Kesihatan yang baik dan kerezekian
Kuning Keyakinan diri dan keberanian
Jingga Kreativiti, keceriaan dan kekuatan seks
Merah Kekuatan fizikal dan tenaga dalaman
Merah Jambu/Pink Tarikan pesona diri dan seri wajah
Emas Golongan Di-Raja atau bangsawan
Putih Baru selepas berzikir/meditasi
Kelabu Hampir hendak meninggal dunia

RAWATAN METAFIZIK MENJANA KEKUATAN ENERGI PESONA DIRI

Ramai insan-insan di luar sana yang tertanya-tanya, bagaimanakah cara untuk mereka menambah warna frekuensi merah jambu/pink pada dirinya sebagai daya tarikan pesona diri? Usah risau, di Cahaya Metafizik Centre, kami memang menawarkan rawatan khas untuk menambah warna frekuensi merah jambu/pink dengan kadar mahar yang cukup rendah sahaja.

Bagaimanakah untuk mendapat pakej rawatan ini? Jikalau tuan-tuan berminat, maka tuan-tuan perlu menyediakan beberapa bahan-bahannya iaitu:

+ 1-5 kuntum bunga cempaka putih (Magnolia Alba) yang masih kuncup dan segar,
+ 1-3 biji buah limau purut,
+ Satu mangkuk 7 jenis bunga-bungaan yang wangi, tidak beracun dan pelbagai warna,
+ Garam kasar laut atau garam bukit satu senduk,
+ Sebotol minyak wangi yang jenis roller dan pilihan bau sendiri.


Kesemua bahan-bahan tersebut itu nanti, pihak kami akan 'activated' segala energi yang terpendam di dalamnya dan kami akan 'attune' agar energi/frekuensinya sesuai dengan tubuh badan manusia serta bersifat kekal. Proses pengaktifan biasanya mengambil masa 1-jam. Selepas semua bahan-bahan itu diaktifkan, di bawah ini adalah langkah-langkah yang selanjutnya.

LANGKAH 1 | MELENYAPKAN SEGALA ENERGI DAN ENTITI NEGATIF

Bagi langkah yang pertama, pihak kami akan cek dahulu tubuh tuan-tuan samada memiliki gangguan:

+ Jin-jin negatif,
+ Sihir ilmu hitam,
+ Energi yang terblok dll.

Jika memang terdapat energi dan entiti-entiti negatif yang berada pada diri tuan-tuan, maka pihak kami akan membersihkan dahulu kesemuanya sehingga diri tuan-tuan menjadi serbersih-bersihnya. Rawatan ini boleh dilakukan secara hadir diri mahupun jarak jauh. Setelah itu, barulah boleh meneruskan rawatan menjana kekuatan pesona diri dan kerezekian.

LANGKAH 2 | AKTIFKAN FREKUENSI WARNA MERAH JAMBU/PINK

Untuk pengatahuan semua, teramat-amat mencabar untuk kita menjumpai bahan-bahan dari alam semulajadi yang memiliki warna frekuensi merah jambu/pink. Walaupun unsur alam semulajadi itu adalah betul-betul berwarna merah jambu/pink pada fizikalnya contohnya seperti bunga mawar/rose atau bunga kemboja, tidak semestinya warna frekuensinya turut juga berwarna merah jambu/pink, mungkin warna frekuensinya adalah hijau atau ungu.

Salah satu unsur alam semula jadi yang memiliki warna frekuensi merah jambu/pink adalah bunga cempaka putih yang masih lagi sedang kuncup/putik. Awas, apabila bunga itu sudah menjadi kembang, maka warna frekuensi merah jambu/pink-nya akan automatik menghilang! Antara bahan semulajadi yang lain yang memiliki frekuensi merah jambu/pink adalah kristal rose quartz tetapi ianya hanya perlu dipakai di luar tubuh sahaja, maka ianya tidak begitu efektif.

Untuk menjana frekuensi yang berwarna merah jambu/pink pada diri tuan-tuan, pihak kami akan melakukan 'synchronization' antara bunga cempaka putih tersebut dengan diri tuan-tuan (kekal di dalam tubuh). Usah risau, ianya bukanlah susuk dan bukanlah juga khadam-khadam, kerana kaedah kami bukanlah sedemikian. Selepas tubuh tuan-tuan dijanakan dengan warna frekuensi merah jambu/pink, insha'Allah akan ada ramai insan yang akan tertarik pada diri tuan-tuan sambil sejuk mata hatinya melihat tidak mengira jantina, usia dan bangsa. Wajah tuan-tuan juga turut akan tampak berseri-seri dan segar.


LANGKAH 3 | AKTIFKAN ENERGI 'FOCALIZATION' DIRI

Bagi pendapat kami di Cahaya Metafizik Centre, adalah tidak beberapa mencukupi jikalau tuan-tuan hanya memiliki frekuensi berwarna merah jambu/pink semata-mata khas untuk daya tarikan pesona diri yang tinggi. Tuan-tuan juga perlu mendapatkan rawatan ekstra iaitu mengaktifkan energi 'focalization' agar diri tuan-tuan menjadi 'centre of attention' masyarakat.

Untuk memahami apakah langkah yang ketiga, ikuti perumpaan dan metafora di bawah ini.

+ Pernahkah tuan-tuan melihat  pokok bunga yang cantik di mana-mana tempat? Mestilah pernahkan?
+ Tatkala tuan-tuan sedang melihat bunga-bunganya yang cantik, adakah tuan memfokuskan juga melihat pada dedaunnya? Sudah tentulah jarang sekali, betul?
+ Ketika tuan-tuan mendekati pada bunga-bunga tersebut, sudah semestinya tuan-tuan akan menyentuh bunga-bunga tersebut, betul?
+ Jikalau bunga-bunga itu terlalu wangi, pastinya tuan-tuan akan mencium bau bunga itu, setuju?
+ Andai tuan-tuan berminat dengan bunga-bunga tersebut, pasti tuan-tuan akan memetiknya, betul?

Baiklah, begitulah perumpaan bagi langkah yang ketiga iaitu pihak kami akan menjadikan diri tuan-tuan seperti metafora bunga di atas. Bagaimanakah? Rawatan langkah ketiga ini akan menjadikan tuan-tuan:

+ Menjadi daya tarikan utama di tempat-tempat keramaian,
+ Ramai orang yang tidak dikenali akan melihat-lihat diri tuan-tuan tanpa sebab,
+ Orang-orang luar akan sejuk hati dan jiwanya tatkala memandang diri tuan-tuan,
+ Jikalau tuan-tuan sedang berniaga, orang ramai lebih memilih untuk membeli pada tuan-tuan berbanding para peniaga yang lain kerana tuan-tuan adalah ibarat 'bunga' (centre of attraction) dan orang-orang yang lain pula adalah ibarat 'daun',
+ Mudah untuk mendapatkan jodoh bagi yang masih belum mendapat jodoh.

Untuk rawatan ini, pihak kami akan mengaktifkan daya yang terpendam pada: 

+ Limau purut: powerful healing property,
+ Bunga 7 jenis/warna: powerful stunning property,
+ Garam kasar: powerful cleansing property.

Ketiga-tiga unsur di atas, kami akan aktifkan pada diri tuan-tuan dan ianya adalah bersifat kekal insha'Allah. Proses pengaktifannya mungkin mengambil masa tetapi untuk tuan-tuan selaraskan pada diri tidaklah sukar, amat mudah sahaja. Apabila ramai orang yang sejuk hati dan menyukai diri kita, insha'Allah rezeki akan melimpah-limpah masuk. Nikmati sahaja kesan positifnya pada diri.


LANGKAH 4 | MINYAK WANGI SEBAGAI PEMBUKA PINTU GOLONGAN VIP

Baiklah, bagi langkah yang terakhir, pihak kami akan memberikan tuan-tuan minyak 'pembuka' yang mana tujuannya adalah agar diri tuan-tuan mudah untuk mendapatkan 'contact' dengan golongan VIP. Lazimnya, jikalau kita ini hanyalah insan yang biasa-biasa sahaja, memang agak mencabar sedikit untuk kita dapat memasuki 'circle' golongan VIP atau bangsawan, selalunya mereka ini tidak beberapa gemar untuk bercampur dengan kita disebabkan tajuk perbualan, 'mindset' dan pola berfikir yang sangat-sangat berbeza.

Kebanyakan sifat golongan VIP ini adalah:

+ Optimistik (lebih banyak bersangka baik),
+ Perbualannya lebih kepada peluang/idea, bukan masalah,
+ Tidak gemar bercerita tentang sisi gelap seseorang,
+ Mereka lebih kepada 'action', bukan 'perancangan'.

Jadi minyak yang kami berikan kepada tuan-tuan ini nanti hanyalah bersifat 'pembuka jalannya' sahaja yang mana vibrasi minyak ini adalah sama dengan tahap vibrasi golongan-golongan VIP. Mereka akan mudah 'membukakan pintu' untuk tuan-tuan bertemu dengan mereka jikalau tuan-tuan ada perancangan untuk bertemu dengan mereka. Jalan bertemunya akan menjadi semakin mudah. Awas, tatkala bertemu dengan mereka, pastikan tuan-tuan menjaga etika perhubungan iaitu niat perlu baik, usah berbangga-bangga diri ataupun gemar bercerita tentang diri sendiri kepada mereka. Minyak ini hanyalah bersifat pembuka, bukannya bersifat penunduk.

SOAL JAWAB TENTANG RAWATAN METAFIZIK MENJANA ENERGI PESONA DIRI DAN KEREZEKIAN


Soalan: Adakah kesan dari rawatan ini adalah bersifat kekal?
Jawapan: Ya, insha'Allah ianya kekal asalkan tuan-tuan mengamalkan amalan di pautan ini selama seumur hidup, sila KLIK

Soalan: Berapakah mahar (kos) rawatan ini?
Jawapan: Mahar bagi rawatan ini adalah terpecah kepada beberapa pilihan iaitu:

+ Cek gangguan ghaib pada diri (wajib): RM10,
+ Rawatan pembersihan gangguan ghaib secara jarak jauh (wajib): RM150 atau,
+ Rawatan pembersihan gangguan ghaib secara hadir diri (wajib): RM200,
+ Rawatan energi pesona diri dan kerezekian, pihak kami sediakan bahan: RM350 atau,
+ Rawatan energi pesona diri dan kerezekian, tuan-tuan menyediakan bahan sendiri: RM300.

Cek gangguan ghaib dan permbesihan gangguan ghaib adalah wajib, langkah tersebut tidak boleh dilangkau. Setelah itu barulah boleh mendapatkan rawatan energi pesona diri dan kerezekian.

Soalan: Bolehkah rawatan ini dibuat secara jarak jauh?
Jawapan: Sudah tentu boleh asalkan tuan-tuan mampu mencari bahan-bahan yang disenaraikan. Bahan yang paling mencabar untuk didapatkan adalah pucuk bunga cempaka putih (Magnolia x Alba) kerana pokoknya tidak begitu banyak ditanam di Malaysia serta jenis kurang berbunga.

Baiklah sebarang pertanyaan yang lebih lanjut, dipersilakan whatsapp sahaja pihak kami. Kami mungkin mengambil masa yang sedikit panjang untuk membalasnya tetapi usah risau, ianya pasti berbalas. Terima kasih.





Share:
Visit My URL

Kod QR Pembayaran Cahaya Metafizik™

Sebarang Pertanyaan, Nyatakan Di Sini













Jumlah Pengunjung Cahaya Metafizik™