Teknik Metafizik Bagi Membasmi Kesan Negatif Gangguan Lalat Sihir 'Pengintip'


Semenjak akhir-akhir ini, ramai dari kalangan masyarakat dunia telah mengalami peristiwa mistik iaitu sentiasa diekori/diganggu oleh seekor atau beberapa ekor lalat jin/sihir yang bersifat pengintip. Mereka telah berkongsikan pengalamannya di pelbagai platform media sosial dan tuan-tuan boleh membacanya sendiri.

Biasanya, lalat-lalat tersebut akan mengekori sehingga ke malam hari sedangkan sifat azali sebenar lalat itu adalah tidaklah begitu aktif pun pada malam hari.

Lalat-lalat tersebut sebenarnya adalah simbolik kepada terdapatnya orang-orang yang 'boundless jealousy, watchful eyes' terhadap diri si mangsa. Alam semesta ini sendiri yang telah mewujudkan/menjanakan lalat-lalat tersebut sebagai peringatan kepada kita semua (tidak semestinya melibatkan dukun). Itulah 'evil eyes' yang sebenar yang telah berevolusi pada akhir zaman ini.

Lazimnya, lalat-lalat tersebut akan memberikan impak yang cukup negatif terhadap mangsa yang diekorinya seperti ditimpa nasib malang, menjadi kurang sihat, kebocoran wang, emosi tidak stabil dan pelbagai lagi (lain orang maka lainlah impaknya). Jika dibunuh sekalipun, ianya tetap akan datang lagi selagi mana orang-orang yang 'secretly jealous' itu masih lagi hidup.

Di bawah ini adalah tip bagaimanakah tatacara untuk melenyapkan impak negatif hasil dari gangguan lalat-lalat tersebut menggunakan kaedah 'metaphysical energy transmutation'.

LANGKAH 1: SEDIAKAN BAHAN-BAHAN

Tuan-tuan perlu menyediakan sedikit bahan yang amat mudah didapatkan, insha'Allah segalanya sudah ada di rumah masing-masing iaitu:

1. Sehelai kertas A4,
2. Pen biru atau hitam,
3. Garam kasar laut/bukit 1 sudu,
4. Limau purut 1 biji atau 1/2 biji lemon,
5. Beberapa kuntum bunga yang wangi dan tidak beracun,
6. Mangkuk seramik atau kaca atau besi,
7. Penapis teh,
8. Jug kecil (gelas atau cawan pun boleh),
9. Lighter,
10. Sepit kain besi atau sepit makanan besi.

Gambar contoh bahan-bahan yang pernah disediakan oleh para pesakit pada sebelum ini.

LANGKAH 2: TULISKAN SENARAI MASALAH PADA KERTAS A4

Ambil pen dan kertas A4, kemudian sila senaraikan segala impak negatif yang berlaku pada diri semenjak terdapatnya lalat yang mengekori diri itu.

Contohnya tulis seperti di bawah ini pada kertas A4, menggunakan ayat sendiri:

+ Lalat yang mengekori/watchful eye (ini WAJIB ditulis),
+ Kebocoran wang,
+ Kesempitan rezeki,
+ Kerabutan fikiran,
+ Ramai orang menjadi tidak suka pada diri,
+ Sakit on-off,
+ Wajah yang kusam, tiada nur,
+ Benci pada pasangan tanpa sebab,

Contoh senarai masalah yang menimpa semenjak adanya kehadiran lalat 'pengintip'.
Atas ini contoh sahaja, sila senaraikan segala apa yang mampu disenaraikan berdasarkan pengalaman diri. Jika cicak/lipas/lipan/pelesit/tikus dll., yang mengganggu, hanya gantikan sahaja haiwan pada 'point' pertama tersebut, atau boleh kombinasikan haiwan-haiwan itu.

LANGKAH 3: LIPATKAN KERTAS A4 SEBANYAK 3 KALI LIPATAN

Di bawah ini adalah infografik tatacara melipatkan kertas setelah dituliskan segala senarai masalah yang dihadapi. Sila ikuti panduan di dalam infografik di bawah ini secara baik-baik dan penuh teliti.

Panduan melipat kertas A4 dan arah lipatan, sila fahami sebaik-baiknya.

LANGKAH 4: BAKARKAN KERTAS YANG SUDAH BERLIPAT ITU KE DALAM MANGKUK

Bakar semasa kertas itu masih sedang berlipat, usah dibuka.
Kepitkan kuat-kuat kertas A4 yang sudah berlipat itu menggunakan sepit kain besi atau pengepit makanan besi, kemudian bakarkan ke dalam mangkuk kaca/seramik/besi (yang kosong) sehingga menjadi abu. Buatlah apa-apa cara sekalipun janji kertas A4 yang sudah dilipatkan itu terbakar dan menjadi abu di dalam mangkuk.

LANGKAH 5: CAMPURKAN AIR, BUNGA, GARAM DAN PERAHAN LIMAU/LEMON KE DALAM MANGKUK YANG ADA ABU

Mangkuk yang berisi air abu bersama bunga-bungaan, limau dan garam.
Masukkan air sehingga 1/2 atau 3/4 mangkuk, masukkan bunga-bungaan (termasuklah bahan 'add on' yang lain jika ada contohnya seperti essential oil), masukkan 1 sudu garam kasar, perahkan lemon/limau termasuklah biji-bijinya sekali ke dalam mangkuk itu.

Kacaukan air di dalam mangkuk itu menggunakan beberapa jari tangan kanan mengikut arah pusingan lawan jam (tawaf) sambil menyebutkan di dalam hati atau melafazkannya (terpulang) ayat di bawah ini:

"Sekarang ini, segala energi negatif yang berkaitan dengan diriku pada abu ini telah 'convert' dan 'transmutation' menjadi energi yang tersangat-sangat positif, segalanya menjadi antonim."

Kacau beberapa kali mengikut arah lawan jam sambil melafazkan berkali-kali sehinggalah hati berasa puas (atau berasa cukup). Tidak perlu lama-lama, 1-2 minit sudah cukup.

LANGKAH 6: TAPISKAN AIR MANGKUK KE DALAM JUG

Air abu yang sudah ditapiskan ke dalam cawan.
Tapiskan air dari bahan-bahan di dalam mangkuk lalu dimasukkan ke dalam jug atau gelas atau cawan. Bermakna, di dalam jug atau gelas atau cawan itu hanyalah airnya sahaja.Jika terbuat lebihan air, masukkan ke dalam jug atau gelas atau cawan yang lebih, usah dibuang air yang berlebihan itu.

Baiklah, sekarang ini apa yang tinggal hanyalah mangkuk berisi bahan-bahan yang sudah ditapis iaitu hampas bunga, abu dan limau (usah dibuang) berserta air abu yang sudah ditapis ke dalam jug atau gelas atau cawan.

LANGKAH 7: JADIKAN POKOK-POKOK SEBAGAI 'ANTENA' ENERGI POSITIF

Kini tuan/puan hampir pun berada di langkah yang penghujung untuk melenyapkan 'curse' yang terhasil daripada lalat 'evil eye' dari orang-orang yang 'boundless of jelousy'. Ikuti langkah-langkah yang seterusnya.

Sila tanamkan hampas-hampas bunga, limau dll. itu di mana-mana kawasan yang tuan/puan pilih sendiri (bebas) atau, boleh sahaja dibuangkan ke mana-mana sungai atau parit yang airnya mengalir.

Air abu di dalam jug itu pula memiliki energi yang amat-amat positif, maka tuan/puan bolehlah mencari mana-mana pokok tanaman samada tanaman berbunga/hiasan, pokok buah-buahan, tanaman herba dll., lalu siramkan air di dalam jug itu ke pokok tanaman tersebut. Disarankan siramkan pada pokok yang masih lagi saiz sederhana besar.

Gambar proses penyiraman air abu ke pokok.

KESIMPULAN RAWATAN 'METAPHYSICAL ENERGY TRANSMUTATION'

Tahniah kepada tuan/puan kerana berjaya menyelesaikan rawatan 'metaphysical energy transmutation' terhadap lalat 'evil eye'. Insha'Allah segala 'curse' dari lalat-lalat tersebut telahpun 'break' dan transform menjadi energi yang berlawanan iaitu positif. Tuan/puan akan dapat merasai sendiri impak yang amat positif pada diri tuan/puan selepas ini.

Pokok yang telah disiramkan oleh air yang positif itu tadi akan 'mendoakan' kembali kebaikan kepada si penyiram secara 'vibration'. Pokok itu sudah menjadi 'antena' pemancar kepada seluruh alam semesta terhadap energi positif tersebut. Informasi ini mungkin agak berat (mindblowing), insha'Allah seiring dengan perjalanan masa dan pengalaman hidup, pasti tuan/puan akan memahami jua nanti.

Selepas ini, jika terdapat mana-mana orang yang 'throw the curse' pada diri tuan/puan, teruskan sahaja langkah-langkah yang telah dikongsikan ini agar 'curse energy' tersebut 'break and transmute' menjadi energi yang positif. Sesiapa yang menjadi mangsa 'cursing' dan 'evil eye', maka alam semesta akan memberikan tanda-tanda melalui kehadiran lalat, lipas, cicak, lipan, tikus dan pelbagai lagi (sedangkan selama ini tiada pun makhluk-makhluk tersebut menyerang).

Apabila lalat-lalat 'evil eye' telah mengatahui yang tuan/puan memiliki ilmu 'metaphysical energy transmutation', maka lalat-lalat tersebut menjadi terlalu sukar untuk wujud lagi buat selama-lamanya, kenapakah? Ini kerana, segala 'curse' yang dilemparkan oleh lalat tersebut akan menjadi kelebihan pula buat si mangsa target kerana 'curse' itu akan 'diantonimkan' menjadi positif. Buang masa lalat itu sahaja nanti.

Selamat menempuh jalan kesembuhan yang berkekalan!




Share:
Visit My URL

Kod QR Pembayaran Cahaya Metafizik™

Sebarang Pertanyaan, Nyatakan Di Sini













Jumlah Pengunjung Cahaya Metafizik™