Apabila akan tibanya musim serangan gangguan ghaib secara berskala besar, biasanya kami akan dapat mengesan jauh dengan lebih awal beberapa hari. Mungkin disebabkan oleh kami ini yang menceburi bidang perawatan alternatif dan parapsikologi sambil kami gemar memerhatikan/menganalisis fenomena di sekeliling.
Setiap kali serangan ghaib mendominasi alam ini, kemungkinan besar akan mencabarlah keadaan para pesakit di mana-mana ward sakit mental, meningkatnya kadar kematian mengejut dan masalah anxiety yang semakin menjadi-jadi. Mana-mana yang jenis sensitif terhadap keghaiban, biasanya akan menjadi mudah kerasukan.
Apabila musim gangguan ghaib sedang mengganas secara global, rata-rata yang peka mengenainya juga akan mengalami masalah bad mood, mimpi seram, mengalir darah istihadah, sukar tidur malam, ada banyak angin di dalam perut atau cirit birit tanpa sebab, alami gatal-gatal kulit, mudah penat (lemah badan), masalah rumah tangga dan pelbagai lagi.
Apabila musim gangguan ghaib sedang mengganas secara global, rata-rata yang peka mengenainya juga akan mengalami masalah bad mood, mimpi seram, mengalir darah istihadah, sukar tidur malam, ada banyak angin di dalam perut atau cirit birit tanpa sebab, alami gatal-gatal kulit, mudah penat (lemah badan), masalah rumah tangga dan pelbagai lagi.
PENGALAMAN MELIHAT GANGGUAN GHAIB
Pernahkah tuan-tuan melihat fenomena yang mana tiba-tiba sahaja pelajar-pelajar wanita di asrama atau kolej mengalami histeria/kerasukan secara beramai-ramai? Suasana yang penuh dengan jeritan?
Pernahkah tuan-tuan melihat segerombolan anjing yang mengeluarkan bunyi 'aauuuwwooo' yang saling sahut-menyahut sesamanya tanpa putus sepanjang malam dan selama berhari-hari?
Itulah tandanya gangguan ghaib pada masa itu sedang mengganas secara berskala mega!
Pada malam tadi, Jumaat 28/01/2022, kami memang sengaja bangun di pertengahan malam sekitar jam 3:13 pagi khas untuk melakukan 'aktiviti malam' dan ianya memang rutin diri kami hampir pada setiap hari. Cuma pada malam semalam, kami terasa agak sedikit ganjil kerana seolah-olah ternampak kelibat yang terlalu banyak lintas-melintas di luar rumah apatah lagi jika kami memandangnya dengan kaedah pandangan mind's eye.
Terdetik di hati kami; "apakah yang berlaku pada malam ini?". Selepas kami selidik dan terus menyelidik, rupa-rupanya tidak lama lagi akan berlakunya hari ritual Diablada yang akan disambut pada 01 Februari 2022. Ia adalah sebuah ritual kesyaitanan sejak turun temurun lagi. Patutlah kami terasa suasana negatif semacam.
Di bawah ini kami akan menghuraikan pada waktu bilakah serangan ghaib akan menjadi ganas secara di peringkat global yang mana hampir seluruh dunia merasainya tidak kira bangsa dan agama.
DI SAAT BAKAL BERLAKUNYA SAMBUTAN RITUAL KEGHAIBAN
Antara waktu-waktu yang kuatnya berlaku gangguan ghaib lazimnya adalah pada bulan yang akan berlakunya ritual-ritual hantu/syaitan secara berskala besar contohnya:
- Ritual Diablada pada 01 Februari,
- Ritual Samhain pada 31 Oktober,
- Mungkin ada juga ritual rahsia oleh secret society.
Gangguan dahsyat biasakan akan berlaku 2-3 minggu sebelum hari ritual itu tiba.
DI SAAT TERJADI FASA BULAN PURNAMA DI MUSIM PANAS
Mungkin bab ini akan kedengaran agak tahyul, diharap tuan-tuan anggaplah sahaja info ini sebagai undiscovered science dan usah diperdebatkan. Jika mahu percaya dipersilakan dan jika tidak, tiada masalah.
Apabila masuknya fasa bulan purnama/mengambang, ianya seolah-olah akan memperkuatkan kesan-kesan energi samada yang positif mahupun negatif. Bagaimanakah itu?
Jika seseorang itu dirinya adalah dominan dengan energi yang positif, selalunya akan terasa amat damai tatkala bulan sedang purnama dan sebaliknya jika dirinya dominan dengan energi yang negatif (mungkin dirinya memiliki gangguan) lazimnya akan terasa amat berserabut atau mengalami sakit-sakit badan.
Ahli sihir ilmu hitam mahupun ilmu putih memang amat ternanti-nantikan saat bulan purnama berlaku demi untuk menaiktaraf kekuatan keilmuan yang dimilikinya.
Pada saat bulan purnama tiba, lazimnya jin-jin akan menjadikan ianya sebuah hari perayaan besar atau festival yang perlu disambut lalu ianya akan keluar berkeliaran secara global. Biasanya jin-jin yang jahat akan berkeliaran sambil mengganggu manusia.
Apa-apapun, jika bulan itu mengalami fasa purnama tatkala musim hujan, insha'Allah gangguan akan menjadi jauh lebih perlahan kerana jin-jin ini kebanyakannya tidak menyukai air hujan apatah lagi sambil disertai kilat/petir yang saling sabung-menyabung.
DI SAAT PLANET MENGALAMI RETROGRADE
Seperti mana yang tuan-tuan tahu, orbit planet-planet di atas langit kadang-kadangnya akan bergerak seperti ala-ala mengundur secara illusi dari pandangan di bumi dan fenomena ini digelar sebagai retrograde motion. Boleh layari website NASA untuk mengambil tahu planet apakah yang bakal mengalami retrograde dari semasa ke semasa.
Jika hanya sebuah planet sahaja yang bergerak secara retrograde pada satu-satu masa, maka ianya tiada masalah. Akan tetapi, jika terdapat banyak planet (2-4 buah) yang mengalami gerakan retrograde pada satu-satu masa, makanya itu adalah satu petanda yang agak kurang baik kerana serangan ghaib lazimnya akan menjadi sangat-sangat kuat tatkala ianya berlaku.
Ahli-ahli spiritual secara global amatlah mengambil cakna hal-hal ini khususnya bagi persediaan untuk merawat pesakit yang cukup ramai kerana umumnya pada saat tersebut pesakit yang alami gangguan akan meningkat secara drastik!