Tahukah tuan/puan bahawa cahaya yang kita lihat di dunia ini adalah berwarna putih? Jadi, segala warna-warna lain seperti warna merah, biru, kuning dll., itu adalah asalnya dari cahaya yang berwarna putih tersebut lalu terbahagi menjadi pecahan warna-warna yang tertentu. Di dalam fakta sains fizik pula, yang wujud itu hanyalah cahaya dan habanya sahaja sedangkan gelap dan sejuk itu tidak wujud. Definasi gelap dan sejuk itu sendiri adalah bermakna ketidakhadiran cahaya dan habanya. Mungkin penulisan ini agak kompleks tetapi teruskan sahaja pembacaan.
Tahukah tuan/puan apakah sebenarnya warna itu dari sudut sains? Warna itu adalah gelombang dan memiliki frekuensinya yang tersendiri contohnya warna merah adalah berfrekuensi 480–400 THz dan warna biru pula 670–610 THz dll. Apa yang lebih mengejutkan lagi, warna putih itu adalah terkeluar dari kiraan gelombang dan frekuensi! Itulah hakikatnya tentang cahaya putih atau di dalam bahasa agama digelar sebagai 'nur'. Nama syarikat kami sendiri adalah berasal dari teori cahaya ini iaitu; Cahaya Metafizik!
TEORI TENTANG ROH DAN CATATAN KUNO
Roh itu adalah rahsia Tuhan, pengatahuan manusia mengenai roh adalah terlalu terbatas tetapi walaupun maklumatnya sedikit, ianya sudah memadai untuk kita semua mengatahui tentang rahsia alam semesta ini. Di sini, kami tidaklah menulis teori roh ini berdasarkan catatan ilmuan Islam tetapi kami cuba menghuraikan berdasarkan catatan kuno/pra sejarah iaitu catatan yang jauh lebih lama dari itu. Sains fizik kuantum moden sekarang ini pun sedang bekerja keras mengkaji catatan-catatan kuno tersebut dan kepelbagaian jawapan telah terungkai.
Secara falsafah lama, roh itu sebenarnya adalah cahaya putih yang memberi sumber tenaga utama kepada manusia. Maksud tenaga di sini bukanlah tenaga yang dihasilkan oleh mitokondria di dalam sel tetapi tenaga bersifat 'nyawa', kesedaran/conciousness dan ghaib. Apa-apapun, secara fakta, sumber tenaga utama di dunia ini tetap jua dari cahaya iaitu cahaya matahari yang merupakan sumber bagi fotosintesis pada tumbuhan. Kita tidak boleh lari dari cahaya sebagai sumber tenaga utama walaupun 'berangkaian'.
Oleh kerana roh merupakan cahaya yang berwarna putih (warna asal), maka secara automatik roh itu terbahagi kepada pecahan-pecahannya atau sub-rohnya iaitu:

- Merah,
- Jingga,
- Kuning,
- Hijau,
- Biru,
- Indigo,
- Ungu.
Setiap warna-warna di atas memiliki pula karakter-karakter atau fungsinya yang tersendiri. Seperti mana yang tuan/puan tahu, berdasarkan kepercayaan ahli spiritual lama dan juga kini, kesedaran (pemikiran) kita adalah pecahan atau sub-roh yang berwarna ungu manakala intuisi kita pula adalah pecahan atau sub-roh yang berwarna indigo. Gabungan bagi kedua-dua jenis sub-roh ungu dan sub-roh indigo maka terbentuklah sukma.
SUKMA YANG MENGEMBARA TATKALA TIDUR (MERAGA SUKMA)
Seperti mana yang tuan/puan tahu, semasa kita tidur, kita telah mengalami mati yang sementara kerana sub-roh kita telahpun terkeluar dari jasad semasa saat kita tidur tersebut. Secara kata mudah, semasa kita sedang tidur dengan nyenyak, sukma kita akan keluar lalu merayap-rayap sehingga menerobos ke mana-mana ruangan, dimensi dan masa.
Sukma yang keluar itu akan dihubungkan pula dengan satu 'tali ghaib' yang berwarna perak di bahagian pusat di tubuh jasad. Disebabkan oleh sambungan 'tali ghaib' itulah yang menyebabkan sukma tersebut boleh kembali masuk ke dalam jasad semasa kita kembali sedar dari tidur.
Bagi mereka yang terlalu peka dengan keghaiban, lazimnya mereka akan tersedar di saat sukmanya sedang keluar dari jasad semasa mereka tidur. Lazimnya mereka akan merasakan dirinya sedang bermimpi tetapi mereka sedar di dalam mimpi tersebut dan mampu menikmatinya dengan sungguh jelas dan nyata. Di dalam istilah sains, ianya digelar sebagai vivid dream atau lucid dream.
Kadang-kadang, apabila seseorang itu hampir meraga sukma semasa tidur tetapi sub-rohnya tidak dapat keluar, dirinya akan mengalami sleep paralysis. Mungkin ada juga mereka yang boleh terlihat jin-jin disekitarnya oleh kerana pancaindera pandangannya yang menggunakan roh yang sub-indigo.

RISIKO MELAKUKAN PENGEMBARAAN SUKMA
Tahukah tuan/puan bahawa terdapat sungguh ramai manusia di luar sana yang memiliki kemampuan untuk mengembara menggunakan sukmanya (meraga sukma) secara sengaja? Kemampuan tersebut tidak mengenal pula bangsa mahupun agama. Apa yang penting, golongan yang paling terkenal yang memiliki kemampuan itu datangnya dari:
Kebanyakan orang biasa, mereka tidaklah menyedari pun dirinya sedang meraga sukma semasa tidur tetapi berbeza pula dengan golongan di atas, mereka terlalu sedar yang mereka sedang meraga sukma malah boleh melakukannya dengan sengaja dan pada bila-bila masa!
Antara risiko-risiko meraga sukma adalah:
Antara masalah yang paling terkenal di dunia berkenaan sukma adalah masalah sukma itu telah ditangkap oleh jin mahupun manusia yang memiliki kemampuan untuk menangkapnya. Sungguh banyak kes yang kami di Cahaya Metafizik Centre ini terima mengenai masalah sukma yang ditangkap ini dan untuk merawatinya agak sedikit mencabar berbanding rawatan-rawatan yang lain.
Sebab itulah untuk meraga sukma, persediaan rapi dan kelimuan yang tinggi itu adalah perkara yang sangatlah wajib.
KEADAAN DIRI APABILA SUKMA ITU TIDAK KEMBALI KE JASAD
Apabila sukma itu tidak kembali ke jasad selepas keluar, lazimnya seseorang itu akan mengalami beberapa keadaan iaitu mungkin:
Terdapat juga kes dimana seseorang manusia itu telah terjumpa satu tempat yang sungguh indah di alam ghaib lalu tidak mahu kembali lagi ke jasadnya dan menyebabkan jasadnya berterusan koma sepanjang hayat atau ada juga yang jasadnya tidak koma tetapi tiada emosi. Jasad seperti itu sangat menyusahkan ahli keluarganya kerana terpaksa membasuhkan berak, menyuapkan makanan dan lain-lain pada setiap hari.
Kami juga pernah mengangani kes di mana pesakit itu telah bercinta dengan jin yang sungguh cantik lalu sukmanya berada tempat/alam jin tersebut dan tidak mahu kembali lagi kerana di alam nyata, ramai orang yang menolak lamaran cintanya. Untuk kes ini, pihak kami tidak dapat merawatinya dengan sempurna kerana perasaan cinta pesakit itu terhadap jin terlalu kuat dan memang pesakit itu tidak mahu kembali.
Bagi orang yang mengalami sakit yang tenat, lazimnya sukmanya akan keluar kerana tidak tahan lagi untuk menanggung sakit tersebut. Apabila sukmanya kembali ke jasad, mereka akan merasai semula keadaan sakit jasadnya itu, maka sebab itulah mereka tidak akan kembali sehinggalah jasadnya benar-benar tidak berfungsi lagi dan meninggal dunia.
Untuk kes sukma di tangkap oleh jin mahupun manusia, insha'Allah pihak kami boleh merawatinya dengan izin yang Maha Kuasa. Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, hubungi sahaja pihak kami.

- Ahli spiritual atau kebatinan,
- Dukun, ahli sihir,
- Orang yang diserang teruk oleh sihir dan jin,
- Orang yang sedang sakit terlalu tenat.
Kebanyakan orang biasa, mereka tidaklah menyedari pun dirinya sedang meraga sukma semasa tidur tetapi berbeza pula dengan golongan di atas, mereka terlalu sedar yang mereka sedang meraga sukma malah boleh melakukannya dengan sengaja dan pada bila-bila masa!
Antara risiko-risiko meraga sukma adalah:
- Jin boleh memasuki ke dalam jasad seseorang yang sukma/kesedarannya tiada,
- Sukma seseorang itu boleh ditangkap oleh jin mahupun manusia,
- Gila isim kerana terlihat alam ghaib yang cukup kompleks.
Antara masalah yang paling terkenal di dunia berkenaan sukma adalah masalah sukma itu telah ditangkap oleh jin mahupun manusia yang memiliki kemampuan untuk menangkapnya. Sungguh banyak kes yang kami di Cahaya Metafizik Centre ini terima mengenai masalah sukma yang ditangkap ini dan untuk merawatinya agak sedikit mencabar berbanding rawatan-rawatan yang lain.
Sebab itulah untuk meraga sukma, persediaan rapi dan kelimuan yang tinggi itu adalah perkara yang sangatlah wajib.
KEADAAN DIRI APABILA SUKMA ITU TIDAK KEMBALI KE JASAD
Apabila sukma itu tidak kembali ke jasad selepas keluar, lazimnya seseorang itu akan mengalami beberapa keadaan iaitu mungkin:
- Koma sepanjang hayat,
- Masih tersedar tetapi tidak memiliki emosi,
- Kemurungan/depression tahap tertinggi,
- Gila dan hidupnya seperti haiwan kerana tiada kesedaran.