Cahaya Metafizik - Soalan Lazim Serta Terma Dan Syarat


Adakah tuan/puan sudah mentelaah kesemua atau beberapa informasi di dalam website Cahaya Metafizik™ ini? Adakah tuan/puan sangat berminat untuk mendapatkan kepelbagaian khidmat yang berkaitan metafizik dan spiritual daripada pihak kami? Kami amat menggalakkan tuan/puan agar membaca dahulu segala soal-jawab/FAQ dan juga terma dan syarat Cahaya Metafizik™ di bawah ini.

SOAL JAWAB BERSERTA TERMA DAN SYARAT: RAWATAN METAFIZIK

Soalan 1: Apakah itu metafizik?

Jawapan: Metafizik adalah sesuatu perkara yang dapat dirasai atau berasa nyata berdasarkan pengalaman tetapi berada di luar skop batasan kajian fizik contohnya seperti ketuhanan, sifat sebenar masa, kesedaran, roh dll. Justeru, sihir, jin serta malaikat dll., juga jatuh di bawah cabang skop metafizik yang berkaitan supernatural.

Soalan 2: Apakah itu rawatan metafizik?

Jawapan: Rawatan metafizik adalah rawatan yang mengambil kira aspek metafizik (perkaitannya dengan keghaiban) terhadap setiap permasalahan yang dihadapi seseorang.  Seperti mana yang diketahui umum, gangguan jinsihir dll. itu adalah masalah ghaib/intangible yang boleh menyebabkan kehidupan seseorang itu menjadi terganggu, maka rawatannnya mesti turut juga sama iaitu bersifat ghaib/intangible lagi holistik. Salah satu kaedah rawatan kami adalah menggunakan aplikasi teori kuantum mekanik iaitu quantum entanglement, quantum superposition, observer effect dan pemahaman tentang quantum ontology. Sebenarnya masih panjang lagi hendak kami huraikan tetapi cukuplah sekadar ini sahaja kerana ilmu berkenaan ini terlalu kompleks.

Soalan 3: Apakah jenis-jenis penyakit yang boleh dirawati menggunakan kaedah metafizik ini?

Jawapan: Kami membantu di dalam merawati gangguan jin, sihir, masalah mental dan juga sakit misteri (penyakit yang doktor perubatan tidak dapat mengdiagnosisnya dengan tepat sedangkan pesakit amat menderita menanggungnya). Kami juga akan membantu melenyapkan segala pasak-pasak jin dan energy blockage (jika ada), menutup kembali lubang-lubang akses keluar-masuk jin pada diri pesakit. Dalam masa yang sama, pesakit juga dapat mempelajari kebangkitan minda di bawah sedarnya.

Soalan 4: Adakah pesakit yang jenis mudah kerasukan/histeria boleh mengalami kerasukan semasa menjalani rawatan metafizik ini?

Jawapan: Tidak, agak sukar bagi mana-mana pesakit hendak termengalami histeria semasa dirawati samada rawatan secara hadir diri ke Cahaya Metafizik Centre mahupun rawatan secara jarak jauh. Logiknya adalah, salah satu dari kaedah rawatan kami adalah menggunakan teknik memanipulasi gelombang/energi yang jenis bersifat kebaikan.

Soalan 5: Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan rawatan secara jarak jauh?

Jawapan: Pesakit perlulah dicekkan dahulu oleh kami apakah kategori gangguan ghaib yang dialami. Setelah keputusan cek gangguan di maklumkan, maka senarai mahar rawatan akan dinyatakan kepada pesakit. Jika pesakit bersetuju, maka mahar rawatan perlu dijelaskan dengan terlebih dahulu kemudiannya barulah nama pesakit itu akan dimasukkan ke dalam senarai giliran menunggu rawatan.

Soalan 6: Biasanya berapa lamakah tempoh masa menunggu setelah nama saya dimasukkan ke dalam senarai menunggu giliran rawatan jarak jauh?

Jawapan: Kami tidak mampu untuk berjanji berapa lamakah tempoh menunggu kerana segalanya bergantung di atas keadaan semasa. Jika terlalu ramai pesakit pada ketika itu, mungkin tempoh menunggu akan menjadi lebih panjang dari kebiasaan sehingga memakan masa berhari-hari juga. Jika pihak kami (perawat), memiliki urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan, mungkin juga sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap tempoh giliran menunggu rawatan. Insha'Allah kami akan berusaha dengan sedaya upaya untuk memperbaiki lagi mutu khidmat kami dari semasa ke semasa.

Soalan 7: Apakah yang perlu saya lakukan semasa rawatan jarak jauh sedang berlangsung?

Jawapan: Pesakit tidak perlu melakukan apa-apa malah tidak perlu juga bersedia mahupun menyediakan apa-apa, teruskan sahaja rutin-rutin harian seperti biasa. Kami akan menguruskan segala-galanya secara profesional di sebalik tabir tanpa menyusahkan para pesakit. Seusai sahaja pesakit dirawati, maka pihak kami akan memaklumkan kepada pesakit dengan kadar yang segera.

Soalan 8: Bagaimanakah cara jika saya mahu mendapatkan rawatan secara hadir diri ke Cahaya Metafizik Centre?

Jawapan: Pesakit perlulah dicekkan dahulu oleh kami apakah kategori gangguan ghaib yang dialami. Setelah keputusan cek gangguan di maklumkan dan pesakit bersetuju untuk mendapatkan rawatan, maka pesakit bolehlah memilih mana-mana tarikh temujanji DI SINI

Soalan 9: Adakah gangguan yang sama boleh berulang kembali setelah dirawati?

Jawapan: Amat jarang sekali pesakit kami mengalami gangguan yang berulang setelah rawatan dijalankan melainkan pesakit itu sendiri yang melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang gangguan itu hadir kembali. Jangan risau, biasanya setelah dirawati, kami akan membekalkan kit panduan yang terperinci DI SINI untuk pesakit amalkan agar kesembuhan itu bersifat berkekalan.

Soalan 10: Perlukah kami mengulangi rawatan susulan seterusnya?

Jawapan: Segalanya bergantung di atas kemampuan pesakit. Ada pesakit yang memerlukan sekali sahaja rawatan, serta ada juga pesakit yang berminat untuk mengulangi rawatan walaupun dirinya tidaklah memiliki gangguan pun. Bagi yang berminat mengulangi rawatan, kami menyarankan agar mendapatkan rawatan 3 hingga 6 bulan sekali dengan perumpamaan seperti mana 'kereta yang perlu diservis'.

Soalan 11: Apakah perbezaan di antara rawatan secara jarak jauh dan rawatan secara hadir diri?

Jawapan: Dari sudut keberkesanan rawatan itu adalah sama sahaja. Jika pesakit menjalani rawatan secara hadir diri ke Cahaya Metafizik Centre, selalunya pesakit bolehlah bertanya kepelbagaian soalan mengenai dirinya kepada pihak kami serta boleh mendapatkan banyak konsultansi (yang mengambil masa banyak dari pihak kami). Maka, sebab itulah mahar rawatan secara hadir diri ke Cahaya Metafizik Centre agak sedikit tinggi dalam beberapa puluh ringgit berbanding rawatan secara jarak jauh yang bersifat jauh lebih direct iaitu cek gangguan dan terus merawatinya.

Soalan 12: Apakah yang perlu kami bawa ke Cahaya Metafizik Centre semasa temujanji rawatan?

Jawapan: Pesakit tidak perlu membawa apa-apa kerana pihak kamilah yang akan menyediakan segala-galanya bagi mempermudahkan urusan buat para pesakit kami. Untuk makluman tuan/puan, parking kereta di Cahaya Metafizik Centre adalah berbayar di bawah Majlis Pembandaran Hang Tuah Jaya dan pesakit boleh membayarnya menggunakan aplikasi SVP Smart Parking Melaka.

Soalan 13: Berapa peratuskah kadar kejayaan rawatan di Cahaya Metafizik Centre?

Jawapan: Alhamdulillah, kebanyakan dari pesakit kami pada sebelum ini telah memberikan maklum balas yang sangat positif setelah mendapatkan rawatan dari pihak kami. Segala-galanya bergantung di atas kadar kepekaan/sensitiviti pancaindera pesakit terhadap energi, semakin peka dirinya terhadap energi maka semakin merasailah kesan sensasi dari rawatan kami. Tidaklah semua pesakit itu rajin untuk memberikan maklum balas, jadi kadar peratusan itu tidaklah kami dapat kirakan tetapi mana-mana pesakit yang telah memberikan maklum balas, kami telah screenshot sedikit di TESTIMONI ini.

Soalan 14: Sekarang ini saya sedang menjalani rawatan di pusat rawatan alternatif yang lain, adakah saya boleh menjalani juga rawatan di Cahaya Metafizik Centre?

Jawapan: Semestinya boleh! kerana rawatan dari pihak kami adalah bersifat universal dan natural. Usah dirisau, ianya tidak akan sesekali mengganggu proses rawatan dari para perawat yang lain-lain.

Soalan 15: Bagaimanakah untuk saya tahu bahawa diri saya ini sudah pun pulih dari gangguan ghaib selepas dirawati?

Jawapan: Oleh disebabkan gangguan ini adalah bersifat ghaib/intangible, maka para pesakit lazimnya dapat merasai kepulihannya melalui daya sensori batin iaitu masalah yang dialami pada sebelum ini telah lenyap ataupun berkurang. Lain pesakit maka lainlah sensasi yang dapat dirasainya selepas rawatan, tidaklah 100% sama.

Soalan 16:
Adakah cek gangguan oleh pihak Cahaya Metafizik Centre itu adalah tepat?

Jawapan: Kami tidak menggunakan istilah 'tepat' kerana istilah yang jauh lebih sesuai adalah 'persis dan jitu'. Metodologi cek gangguan ghaib itu langsung tidak sama berbanding metodologi cek masalah kesihatan fizikal di makmal hospital (contoh: cek darah), elakkan melakukan perbandingan. Di Cahaya Metafizik Centre, kami menggunakan sekurang-kurangnya 3 kaedah spiritual agar keputusan cek gangguan itu persis dan jitu iaitu: Extrasensory Perception, ESP - Remote Viewing, RV,  Islamic Mysticism dan juga Divination dllsebagai ikhtiar.


SOAL JAWAB BERSERTA TERMA DAN SYARAT: PRODUK METAFIZIK

-Masih belum ditulis-


SOAL JAWAB BERSERTA TERMA DAN SYARAT: PROGRAM/KELAS METAFIZIK

-Masih belum ditulis-




Share:
Visit My URL

Kod QR Pembayaran Cahaya Metafizik™

Sebarang Pertanyaan, Nyatakan Di Sini













Jumlah Pengunjung Cahaya Metafizik™