Pada tanggal 05/07/2023, Cahaya Metafizik Centre telah dihadiri oleh seorang ibu bersama anak perempuannya berserta cucu lelakinya yang datang jauh dari Kuala Lumpur.
Ibunya mengalami major anxiety yang sudah sekian lama, dan anaknya pula mengalami major depression sehingga hampir menamatkan riwayatnya dengan membunuh diri tetapi dibatalkan hasratnya itu dengan segera.
Kedua-dua insan ini sungguh kuat, mereka meneruskan kehidupannya dan survive sehingga sekarang. Walaupun ibunya sudah berusia 62 tahun, malah mengalami pula major anxiety iaitu sentiasa ketakutan, kerap berdebar-debar termasuklah takut dengan bunyi-bunyi bising, sering terputus nafas ketika tidur malam dll., tetapi ibunya masih aktif di dalam NGO-nya bagi membantu insan-insan OKU. Fuh, sungguh menginspirasikan!
Anak perempuannya juga pun turut sama iaitu walaupun mengalami major depression sehingga diberikan ubat tidur (xanax) oleh doktor psikitari, tetapi beliau kekal bertahan dan meneruskan kerjayanya di dalam bidang pengurusan syarikat serta mampu membesarkan anak lelakinya dengan cemerlang.
RAWATAN ALTERNATIF KAEDAH METAFIZIK
Kedua-dua insan ini percaya dan yakin bahawa apa yang mereka alami selama ini adalah berpunca dari gangguan mistik kerana mereka kerap bermimpi ganjil, kerap berasa gut feeling keberadaan makhluk halus disekitarnya dan juga sering diganggu tatkala sedang bersolat. Kenapa diganggu hanya ketika sedang bersolat? Tidak berasa pelikkah? Sains? Sudah tentu tidak 100%.
Semasa ibunya sudah mula berbaring tatkala kami hendak mulai merawatinya, tahap berdebarnya semakin menjadi-jadilah pula, rasa resah gelisah usah cakap, kelihatan jelas pada wajah beliau. Tidak mengapa, itu perkara biasa bagi sesetengah pesakit. Layankan sahaja.

Segala pasak-pasak jin pada dirinya ditanggalkan, segala jin yang mengganggunya dilenyapkan dan segala energy blockage pula dibuka. Setelah sesi rawatannya selesai, terus ibunya memberi maklum balas yang tubuhnya menjadi sungguh ringan, misteri lenguh tangannya hilang, resah gelisahnya menjadi tenang.
Begitu juga dengan anaknya, setelah selesai sesi rawatan untuk dirinya, beliau menyatakan energi rohani dirinya menjadi semakin tinggi berbanding sebelum ini yang agak low. Luka batinnya bersaiz sederhana di bahagian dada turut jua selesai dirawati.
Sesi konsultansi metafizik selepas itu berjalan dengan lancar dan penuh ceria, alhamdulillah. Segala apa jenis peristiwa yang pernah terjadi pada sebelum ini usah dikenang lagi, ianya sudahpun menjadi ilusi. Apa yang bakal terjadi pada masa hadapan pula masih lagi ilusi, fokuskan kesembuhan diri dan perubahan diri pada masa yang sekarang ini.
- Attracting new energy,
- Embracing positive change,
- Receiving new blessing.
"Switch your mentality from, 'why this happen to me' to 'why is this trying to teach me'." "Everything comes to you at the right time, be patient."