Adakah tuan/puan merasakan bahawa rumah, kedai atau pejabat tuan/puan seperti ada sesuatu yang 'tidak kena' atau berasa sesuatu yang abnormal? Dengan kata mudah, tuan/puan mungkin sedang merasai ada sesuatu anamoli yang bersifat ghaib yang sedang berlaku di rumah atau di kedai atau di pejabat tuan/puan? Usah risau, inilah tugasan pihak kami di Cahaya Metafizik. Teruskan pembacaan
CIRI-CIRI RUMAH, KEDAI ATAU PEJABAT YANG MENGALAMI GANGGUAN JIN ATAU SIHIR
Kita mungkin agak sukar atau tidak mampu untuk melihat sesuatu gangguan ghaib di rumah, kedai atau pejabat menggunakan mata kasar tetapi kita mampu mengesan kehadirannya melalui tanda-tandanya di bawah ini:
- Rumah, kedai atau pejabat akan terasa seperti tiada 'nur' atau kelam dan apabila masuk ke dalamnya lantas terasa diri tidak bahagia, malas, baran dll.,
- Kerap terbau sesuatu yang pelik contohnya seperti bau bangkai atau bau bunga-bungaan atau dedaun herba contohnya bau daun pandan wangi,
- Perabot dan dinding yang mudah sangat kusam/buruk sedangkan tiada kebocoran air serta kerap berlaku pintasan elektrik atau barang elektrik yang kerap rosak tanpa sebab yang jelas,
- Terasa bahang panas walaupun sudah membuka kipas ataupun pendingin hawa,
- Apabila tidur di atas lantai, kerap terdengar bunyi tapak kaki berjalan-jalan atau berlari sedangkan jam menunjukkan pukul 3.00 pagi dan berlaku hampir pada setiap hari,
- Jika masak nasi, menjadi amat mudah menjadi basi sedangkan beras yang dibeli adalah dari jenama yang cukup berkualiti (tidak semestinya nasi sahaja, makanan lain pun juga tidak terkecuali),
- Kerap terdengar bunyi seakan-akan guli yang melantun-lantun dan bunyi itu pula mengikuti si penghuni rumah,
- Ternampak kelibat bayangan hitam melintas-lintas menggunakan ekor anak mata iaitu peripheral vision,
- Jika memiliki siling, maka akan selalu terdengar bunyi-bunyian ganjil di atas siling, contohnya bunyi ketukan, cakaran dll. dan tiada pula kelawar, tikus atau burung membuat sarang di atasnya,
- Selalu ada pertengkaran yang berlarutan di dalam rumah, kedai atau pejabat iaitu emosi sentiasa panas dan hubungan ahli keluarga atau hubungan antara pekerja menjadi toksik,
- Asyik mengalami sleep paralysis iaitu terasa tubuh ditindih ketika tidur serta kerap mendapat mimpi buruk yang bersifat ancaman atau seram,
- Ada kes di mana kerap terasa angin kuat yang melintas sedangkan tiada pula kipas yang terpasang atau pintu/tingkap yang terbuka,
- Jika membuka kedai, pelanggan menyatakan kedai itu adalah tutup sedangkan kedai itu memang sedang dibuka atau sentiasa beroperasi.
Apa-apa pun, gangguan jin di rumah, kedai atau pejabat itu adalah perkara normal kerana amat jarang sekali sesebuah rumah, kedai atau pejabat itu tiada gangguan, cuma ianya bertahap. Jika tahapnya tinggi iaitu lebih dari 5 keadaan dari senarai di atas, maka sebaiknya tempat itu perlu dirawati kerana kesan mudaratnya terlalu besar dalam jangka masa yang panjang.
RAWATAN UNTUK PEMBERSIHAN RUMAH, KEDAI ATAU PEJABAT SECARA KAEDAH METAFIZIK
Jika tuan/puan memerlukan rawatan untuk rumah, insha'Allah pihak kami mampu ikhtiarkan samada secara hadir diri ke tempat tuan/puan ataupun rawatan secara jarak jauh sahaja. Kami cukup menggalakan agar pihak kami dapat cekkan dahulu gangguan ghaib di rumah, kedai atau pejabat tuan/puan secara jarak jauh sebelum tuan/puan meneruskan untuk pihak kami merawatinya.
Bagaimanakah untuk meminta bantuan pihak kami cekkan gangguan ghaib di rumah, kedai atau pejabat tuan/puan? Sila klik pautan ini: Cek Gangguan Ghaib dan mohon ikuti panduannya baik-baik.
Bagaimanakah untuk meminta bantuan pihak kami cekkan gangguan ghaib di rumah, kedai atau pejabat tuan/puan? Sila klik pautan ini: Cek Gangguan Ghaib dan mohon ikuti panduannya baik-baik.
Jika tuan/puan mahu pihak kami hadir diri ke rumah, kedai atau pejabat tuan/puan maka ada beberapa kos tambahan pada maharnya iaitu:
- Minyak kenderaan dan tol mengikut jarak,
- Tempat tinggal seperti hotel/homestay jika lokasinya terlalu jauh,