Rawatan Alternatif Metafizik Jarak Jauh


Di dalam dunia perawatan, terdapat dua kategori iaitu rawatan fizikal dan juga rawatan ghaib (bukan fizikal). Contoh rawatan fizikal adalah seperti rawatan-rawatan yang dilakukan di hospital/klinik, rawatan homeopati, urutan, bekam dan lain-lain. Oleh kerana ia adalah rawatan secara fizikal maka pesakit wajib bertemu dengan perawatnya atau doktornya.

Di dalam bidang perawatan ghaib pula ianya cukup berbeza kerana rawatan tidak semestinya dilakukan secara hadir diri semata-mata tetapi rawatan secara jarak jauh juga turut boleh. Antara contoh perawatan ghaib adalah rawatan berkaitan gangguan jin, sihir, penyakit misteri dan lain-lain. Rawatan jarak jauh hanya mampu dilakukan oleh perawat yang memiliki pengatahuan mengenainya sahaja dan jumlahnya agak terhad di dunia ini.

JENIS-JENIS RAWATAN JARAK JAUH

Rawatan jarak jauh ini terbahagi kepada 3-kategori iaitu;

  • Rawatan secara membuat panggilan video kepada pesakit dan membacakan doa/ruqyah kepada pesakit melalui panggilan video. Ia adalah patuh syariah,
  • Rawatan secara menggunakan aplikasi falsafah metafizik, aplikasi teori quantum ontology dan quantum entanglement. Ia dipercayai natural selagi mana tiada mantera ganjil dan tiada ilmu hitam berserta jin/khadam yang digunakan, 
  • Rawatan menggunakan khidmat jin/khadam iaitu dengan menghantar jin/khadam untuk merawat pesakit secara jarak jauh.


Rawatan jarak jauh yang Cahaya Metafizik Centre aplikasikan adalah mengguna-pakai kaedah yang kedua iaitu falsafah metafizik teori quantum ontology dan entanglement. Sebagai umat Islam, para perawat di Cahaya Metafizik Centre juga turut membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa terpilih ketika saat merawat pesakit jarak jauh.

Beginilah jumlah Whatsapp yang masuk apabila pihak Cahaya Metafizik mengumumkan bahawa slot rawatan jarak jauh telahpun dibuka. Oleh kerana Whatsapp yang masuk terlalulah banyak, pihak kami tidaklah berjanji untuk dapat membalas Whatsapp itu dengan pantas, kadang-kadang tertangguh sehingga beberapa hari.

KEBERKESANAN RAWATAN JARAK JAUH

Keberkesanan rawatan jarak jauh ini lebih kurang sama sahaja seperti mana rawatan hadir diri ke Cahaya Metafizik Centre. Kebanyakan pesakit yang memilih untuk menghadirkan diri adalah bagi mendapatkan konsultansi semata-mata.
 
Berdasarkan testimoni dari para pesakit yang telah mendapatkan rawatan jarak jauh, kebanyakan dari mereka adalah sembuh dengan baik, alhamdulillah! Rawatan jarak jauh ini amatlah memudahkan pesakit kerana ianya tidak mengganggu masa pesakit malah tidak perlu mengeluarkan kos pengangkutan dan lain-lain.

Testimoni: Klik

Anwar Suran yang sentiasa sibuk dalam membalas kesemua whatsapp pesakit yang meminta bantuan cekkan gangguan dan juga mendapatkan rawatan secara jarak jauh.

RAWATAN JARAK JAUH YANG BOLEH DIIKHTIARKAN

Kadang-kadang ramai terasa pelik kenapa perniagaan yang telah dijalankan seolah-olah banyak terhalang (rezeki sempit) walaupun telah berusaha sedaya upaya. Ada juga yang jodoh tidak sampai-sampai iaitu asyik ditinggalkan oleh pasangan tanpa sebab, ada yang mengalami masalah kesukaran zuriat, ada yang terlalu panas baran dll. Andai kata perkara di atas berlaku dengan penuh misteri, mungkin ada 'entiti' lain yang sedang mengganggu selama ini! Gangguan ghaib bukanlah terhad seperti itu sahaja malah mungkin lebih dari itu contohnya:

  • Masalah dalam pelajaran/pekerjaan,
  • Sukar untuk beribadah walaupun mahu,
  • Kerap mengalami mimpi seram/ancaman,
  • Nasib terlalu malang/sial,
  • Kerap terdengar bisikan negatif di hati,
  • Mengalami penyakit misteri yang doktor tidak dapat mendiagnosisnya, dll.


BAGAIMANAKAH PROSES MENDAPATKAN RAWATAN JARAK JAUH?

Untuk mendapatkan rawatan jarak jauh mudah sahaja, pesakit hanya perlu whatsapp sahaja pada nombor ini, klik: 0109199110 atau https://cahayametafizik.wasap.my 
dan kemudian sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  • Setelah pesakit whatsapp pihak kami, para pesakit akan mendapat mesej maklum balas secara automatik dan pesakit diwajibkan untuk melengkapkan butiran-butiran yang dikehendaki bagi proses cek gangguan ghaibnya dahulu.
  • Selepas beberapa tempoh atau hari, pihak kami akan memaklumkan keputusan cek gangguan. Jika pesakit memang memiliki gangguan ghaib, pesakit bolehlah membuat keputusan samada meneruskan rawatan ataupun tidak. Jika memerlukan rawatan, maka pesakit perlu memaklumkan kepada pihak kami.
  • Setelah pesakit bersetuju untuk meneruskan rawatan, maka proses rawatan akan berlangsung dan kadar kepantasan sesi rawatan adalah bergantung terhadap jumlah pesakit pada ketika itu. Jika ramai pesakit, maka proses rawatan akan mengikut giliran dan mungkin mengambil masa yang berhari-hari juga untuk sampai ke giliran itu. 
  • Setelah sesi rawatan jarak jauh itu selesai, para pesakit akan diberikan maklum balas secara segera bahawa dirinya telah pun dirawati oleh pihak kami dan pesakit akan dibekalkan dengan akad serta nota metafizik untuk panduan kesembuhan secara jangka masa panjang.


Ini adalah maklumat penuh tatacara cek gangguan pada diri, klik: Panduan Cek Gangguan

Pesakit tidak perlu menyediakan apa-apa media/barang semasa rawatan jarak jauh dilakukan. Pesakit boleh meneruskan sahaja rutin hariannya seperti biasa kerana pihak kami akan menguruskan secara profesional di sebalik tabir tanpa menyusahkan para pesakit.

BERAPAKAH KADAR MAHAR YANG DIKENAKAN?

Kadar mahar cek gangguan adalah sebanyak RM10 bagi dua orang, RM20 bagi ahli keluarga (tidak termasuk saudara mara atau sepupu-sepapat), dan RM10 bagi sebuah kediaman/pejabat/kedai yang bersaiz sederhana.

Kadar mahar rawatan jarak jauh pula adalah RM150 bagi individu.




Share:
Visit My URL

Kod QR Pembayaran Cahaya Metafizik™

Sebarang Pertanyaan, Nyatakan Di Sini













Jumlah Pengunjung Cahaya Metafizik™