Rawatan Alternatif Metafizik Hadir Diri


Tahukah tuan/puan bahawa gangguan jin dan sihir pada diri boleh mengakibatkan masalah yang terlalu besar terhadap kehidupan seseorang dalam jangka masa pendek dan panjang? Ianya jauh lebih menakutkan apabila seseorang itu tidak mempercayai langsung kewujudan gangguan-gangguan ghaib ini dan hanya tersedar apabila keadaannya sudah teramat kronik! Kesedaran dan tindakan yang awal amatlah penting.

Jika kita mengalami penyakit fizikal, kita boleh mencari doktor perubatan konvensional bagi merawati penyakit tersebut tetapi tidak bagi penyakit rohani atau gangguan ghaib, ia memerlukan rawatan secara alternatif. Di bawah ini adalah contoh-contoh kesan mudarat dari gangguan-gangguan ghaib terhadap kehidupan seseorang manusia:

  • Masalah terhadap pelajaran/pekerjaan,
  • Dibenci orang tanpa sebab yang munasabah,
  • Urusan rezeki kerap terhalang,
  • Mudah mendapat penyakit,
  • Emosi kerap tidak stabil, sensitif/baran,
  • Kemurungan/depression, anxiety,
  • Amat sukar jodoh (asyik berpisah),
  • Kerap mendapat mimpi seram/ngeri,
  • Haid yang tidak teratur,
  • Masalah rumah tangga, panas dengan pasangan,
  • Masalah zuriat walaupun doktor mengesahkan subur,
  • Selalu terlihat lintasan kelibat hitam,
  • Tiada seri wajah, nampak kusam dll.

Jika tuan/puan merasakan diri mengalami gejala-gejala seperti di atas, sebaiknya hubungi pihak kami untuk kami cekkan samada ianya melibatkan gangguan ghaib ataupun tidak. Jika diri ada keterlibatan gangguan ghaib seperti gangguan jin dan sihir, tuan/puan digalakkan untuk membuat sesi temujanji ke Cahaya Metafizik Centre di Kuantan, pahang untuk mendapatkan konsultansi dan rawatan yang lebih lanjut. Jika tuan/puan memiliki cabaran ke Cahaya Metafizik Centre, tiada masalah kerana tuan/puan boleh mendapatkan rawatan secara jarak jauh sahaja.

MEKANISMA GANGGUAN GHAIB, JIN DAN SIHIR

Seperti mana yang tuan/puan tahu, pandangan mata manusia hanya boleh menyerap gelombang yang berada di skala human visible light spectrum sahaja iaitu 400 nanometer sehingga 700 nanometer. Ini bermakna, ada banyak lagi kehidupan/makhluk yang berada diluar dari human visible light spectrum, boleh rujuk gambar rajah di bawah:

Jin dan malaikat semuanya berada di skala luar daripada human visible light spectrum iaitu jin berada di bahagian infrared dan malaikat pula dipercayai berada di bahagian ultraviolet. Justeru, telinga atau pendengaran manusia juga turut sama iaitu hanya mampu mendengar pada skala human hearing range iaitu 20 Hz to 20 kHz sahaja. Ini bermakna, terdapat banyak lagi bunyi-bunyian yang berada diluar sana yang tidak mampu didengari oleh telinga kasar manusia.

Oleh kerana mata kasar manusia tidak mampu pun untuk melihat jin kerana ianya berada diluar human visible light spectrum, maka itulah punca utama kenapa ramai manusia tidak menyedari pun dirinya mengalami gangguan jin atau sihir selama ini. Perumpamaannya adalah seperti, kita mampu merasai angin tetapi kita tidak mampu pun untuk melihat angin tersebut dengan mata kasar.

ROH KITA SEBAGAI 'EJEN' PENGESAN GANGGUAN GHAIB

Seperti mana yang tuan/puan tahu, roh kita merupakan satu entiti yang berada diluar human visible light spectrum dan juga human hearing range. Walaupun mata kasar dan telinga kita tidak memiliki kemampuan untuk mengesan kehadiran jin atau keberadaan sihir tetapi roh kita sangat bermampuan mengesaninya kerana roh kita jauh lebih halus berbanding jin itu sendiri!

Apabila jin mengganggu manusia, maka roh akan dapat mengesaninya secara automatik lalu roh itu akan memberikan 'signal' kepada tubuh/jasadnya dengan cara meremangkan bulu roma, memberikan kesan jantung berdebar-debar, membuatkan perut menjadi sejuk dan berasa agak tidak begitu selesa, mencipta kepelbagaian mimpi ngeri dan banyak lagi signal-signal yang lain. Usah sesekali diabaikan signal-signal ini.

KENAPA JIN MENGGANGGU MANUSIA?

Terdapat terlalu banyak faktor yang menyebabkan jin-jin gemar mengganggu manusia dan antara sebab yang paling popular adalah kerana jin itu malas hendak bekerja dan lalu menjadi parasit. Bagaimanakah itu?

Seperti mana yang tuan/puan tahu, jin juga sama seperti manusia iaitu perlu mencari rezeki untuk melangsungkan kehidupannya. Jin semestinya kena keluar, bergerak atau bekerja untuk mencari makanan seperti memakan najis-najis, tulang-belulang haiwan yang telah kering dan pelbagai lagi. Jadi, bagi jin-jin yang jenis berperangai keji, jin itu akan menggunakan jalan pintas dengan cara menempel sahaja ke tubuh manusia lalu menyerap tenaga rohani manusia tersebut selama mana yang boleh. Lalu manusia itu akan menderita secara perlahan-lahan.

Anwar Suran yang sedang merawati pesakit wanita yang diganggu oleh jin harimau yang berada di dalam tubuhnya. 

Terdapat juga kes yang mana jin itu telah jatuh cinta terhadap manusia di atas sebab-sebab yang tertentu. Ada juga kes jin yang dihantar oleh seseorang dengan bertujuan untuk mengganggu kehidupan mangsa/targetnya dan pelbagai lagi. Untuk pengatahuan tuan/puan, jin dan sihir itu tidaklah sama kerana jin itu adalah makhluk sedangkan sihir itu adalah energi yang telah diprogramkan. Maklumat berkenaan itu tuan/puan boleh membacanya di artikel-artikel yang lain di website ini.

CARA MENDAPATKAN RAWATAN HADIR DIRI KE CAHAYA METAFIZIK CENTRE

Jikalau tuan/puan mengesyaki atau merasakan diri mengalami gangguan ghaib sebagaimana di atas, maka hubungi sahaja pihak Cahaya Metafizik Centre untuk pihak kami cekkan dahulu samada ianya benar-benar ada keterlibatan gangguan ghaib ataupun tidak.

Whatsapp di nombor ini, klik: 0109199110 atau https://cahayametafizik.wasap.my dan kemudian sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  • Setelah pesakit whatsapp pihak kami, para pesakit akan mendapat mesej maklum balas secara automatik dan pesakit diwajibkan untuk melengkapkan butiran-butiran yang dikehendaki bagi proses cek gangguan ghaibnya dahulu.
  • Selepas beberapa tempoh atau hari, pihak kami akan memaklumkan keputusan cek gangguan. Jika pesakit memang memiliki gangguan ghaib, pesakit bolehlah membuat keputusan samada ingin meneruskan rawatan ataupun tidak. Jika memerlukan rawatan, maka pesakit perlu memaklumkan kepada pihak kami.
  • Setelah pesakit telah benar-benar bersetuju untuk meneruskan rawatan, maka pesakit perlu membuat temujanji dahulu dan pihak kami akan memberikan senarai tarikh yang slotnya masih kosong untuk dipilih oleh pesakit.

Ini adalah maklumat penuh tatacara cek gangguan pada diri, klik: Panduan Cek Gangguan

Pesakit tidak perlu membawa apa-apa media/barang semasa hadir ke Cahaya Metafizik Centre. Usah risau, kami akan bantu memudahkan semampu yang boleh buat para pesakit kami.

RAWATAN DI CAHAYA METAFIZIK CENTRE

Cahaya Metafizik Centre menerima kesemua pesakit dari mana-mana bangsa, agama mahupun negara. Ia tidak terhad kepada muslim semata-mata kerana rawatan dari pihak kami adalah bersifat universal serta tidak melibatkan apa-apa sentuhan selagi mana yang boleh.

Apakah yang pihak kami mampu untuk bantu? Kami akan membantu para pesakit bagi merawati dan menangani gangguan ghaib seperti jin pengkhianat, jin saka, jin Asyik, sihir ilmu hitam, pasak-pasak jin, masalah energi rohani dan juga isu minda di bawah sedar. Adakah pihak kami boleh membantu juga merawati masalah-masalah mental seperti kemurungan/depression, anxiety dan lain-lain? Kami akan bantu semampu yang boleh jikalau masalah mental itu berpunca dari gangguan ghaib. 

Anwar Suran yang sudah selesai merawati tiga orang pesakit yang datangnya jauh dari Gombak dan Shah Alam kerana mengalami gangguan jin

Kami akan merawati para pesakit sehingga tubuh rohaninya (subtle body) benar-benar menjadi bersih menggunakan kaedah falsafah metafizik teori quantum ontology dan entanglement. Dengan keizinan Yang Maha Kuasa, segala gangguan-gangguan jin dan sihir yang dialami oleh para pesakit selama ini akan lenyap atau berkurang sebanyaknya, dan segala masalah energi akan dibersihkan sebersih-bersihnya serta pasak-pasak jin jika ada pada tubuh pesakit akan ditanggalkan dan dimusnahkan secara 100%. Kami tidaklah berjanji tetapi pasti! 

Biasanya sesi konsultansi dan rawatan akan mengambil masa sekitar 1 jam sehingga 2 jam lebih, bergantung di atas kadar serius yang dihadapi oleh pesakit. Ada pesakit yang memerlukan kaedah hipnoterapi, ada pesakit yang perlu diprogramkan minda di bawah sedarnya dll.

Berdasarkan testimoni dari para pesakit pada sebelum ini, biasanya mereka akan merasai secara serta merta kesan positif selepas sesi rawatan itu selesai iaitu:

  • Tubuh terasa ringan,
  • Jiwa terasa lapang,
  • Seri wajah kembali terang,
  • Dan banyak lagi.

Perlu diingat, lain pesakit maka lainlah sensasi rawatan yang dirasai oleh dirinya. Semakin peka tubuh mereka terhadap energi, maka semakin terasalah sensasinya semasa dan selepas sesi rawatan itu berlangsung. Setiap pesakit itu tidaklah sama mekanisma rohani dan tubuhnya, apa yang penting adalah kesembuhannya.

Di Cahaya Metafizik Centre, kami tidak menggunakan kaedah kerasukan mahupun 'menurun' atau di dalam istilah psikik digelar sebagai mediumship atau channeling iaitu memasukkan jin ke dalam tubuh pesakit atau mediator bagi berkomunikasi dengan jin. Usah dirisau, Cahaya Metafizik Centre tidak menggunakan kaedah sedemikian kerana lain perawat maka lainlah kaedahnya. Pesakit boleh membuat pilihan yang mana berkenan dihati masing-masing, tiada paksaan.

KEMUDAHAN DAN KELEBIHAN YANG TERDAPAT DI CAHAYA METAFIZIK CENTRE

Cahaya Metafizik Centre tersangatlah menitik beratkan aspek keselesaan buat para pesakit yang hadir ke sini. Para pesakit akan mendapat terlalu banyak kemudahan dan kelebihan iaitu:

  • Wifi percuma,
  • Lokasi yang indah/tenang kerana berdekatan Pantai,
  • Susunan perabot dan pencahayaan yang baik,
  • Ruang parkir kereta yang banyak,
  • Bakal memasang aircond 2.5HP,
  • Ruang rawatan yang sangat selesa,
  • Berdekatan dengan surau,
  • Port charger untuk smartphone,
  • Meja dan kerusi untuk peneman menunggu,
  • Buku-buku untuk dibaca,
  • Android TV,
  • Ruangan merokok diluar.

Pihak kami akan berusaha dengan sedaya upaya untuk memberikan layanan yang terbaik dan mesra buat kesemua pesakit yang hadir ke sini. Sekali lagi diingatkan bahawa sesi rawatan adalah secara temunjanji sahaja dan kami tidaklah mengambil terlalu ramai pesakit pada setiap hari.

BERAPAKAH KADAR MAHAR YANG DIKENAKAN?

Kadar mahar cek gangguan adalah sebanyak RM10 bagi dua orang, RM20 bagi ahli keluarga (tidak termasuk saudara mara atau sepupu-sepapat), dan RM10 bagi sebuah kediaman/pejabat/kedai yang bersaiz sederhana.

Kadar mahar rawatan hadir diri pula adalah sebanyak RM190 per individu dan RM500 jika pesakit memerlukan rawatan bertahap VVIP (rawatan ini terhad dan tidak wajib).




Share:
Visit My URL

Kod QR Pembayaran Cahaya Metafizik™

Sebarang Pertanyaan, Nyatakan Di Sini













Jumlah Pengunjung Cahaya Metafizik™