Cahaya Metafizik™ Centre (003213855-W) adalah ditubuhkan pada tahun 2017 dan lokasinya adalah berada di Kuantan, Pahang. Anwar Suran adalah pengasas bagi Cahaya Metafizik Centre, manakala isteri beliau pula Farhah Hamid merupakan rakan kolaborasinya di Cahaya Metafizik Centre ini.
OBJEKTIF: Menyediakan khidmat konsultansi, terapi dan produk metafizik yang bersifat holistik.
MISI: Membantu memberi kesedaran dan asistensi di dalam skop metafizik dan spiritual kepada insan-insan di seluruh negara tanpa mengenal bangsa dan agama.
VISI: Menjadi sumber pengatahuan dan perawatan metafizik dan spiritual yang terkemuka serta berkolaborasi dengan kepelbagaian sektor.
Apakah jenis khidmat yang pihak Cahaya Metafizik Centre dapat ikhtiar membantu tuan/puan? Di bawah ini adalah senarainya:
- Cek gangguan pada diri/ahli keluarga/tempat,
- Rawatan gangguan jin/sihir,
- Rawatan penyakit misteri,
- Pembersihan gangguan dan 'pemagaran' rumah/kedai/pejabat,
- Rawatan minda di bawah sedar,
- Kepelbagaian program dan kelas berkaitan spiritual dan metafizik.
Segala jenis bantuan rawatan alternatif di atas adalah boleh dilakukan secara jarak jauh mahupun hadir diri ke Cahaya Metafizik Centre mengikut keselesaan tuan/puan. Maharnya pula bergantung di atas kadar masalah yang dihadapi oleh para pesakit (usah khuatir, murah sahaja).
Untuk melihat keadaan sesi rawatan yang sedang berlangsung, bolehlah klik foto-foto di halaman ini. Kaedah rawatan kami adalah pelbagai, ia tidak terhad dengan satu kaedah sahaja. Segala informasi kaedah rawatan dan pengalaman pesakit, tuan/puan boleh membaca penulisan/deskripsi pada foto-foto tersebut.
Testimoni rawatan jarak jauh: klik di sini
Untuk pertanyaan lanjut, klik pautan whatsapp: 01091991110
SEDIKIT MENGENAI PARA PERAWAT/MASTER
Ramai dari kalangan pesakit Cahaya Metafizik Centre telah menganggap para perawat/master iaitu Anwar Suran dan Farhah Hamid masih lagi 'muda remaja', sedangkan usia mereka hanya lagi beberapa tahun sahaja akan mencecah 40 tahun. Di bawah ini adalah sedikit sebanyak profilnya:
Anwar Suran merupakan graduan master di UiTM pada tahun 2013. Oleh kerana beliau memiliki minat yang cukup mendalam berkaitan rahsia consciousness dan metafizik, maka beliau telah menyambung Certificated of Psychology, Diploma in Parapsychology dan Professional Diploma in Alternative Medicine di bawah program Complementary Medical Association, CMA, United Kingdom pada tahun 2017-2020. Dalam masa yang sama, beliau juga turut memiliki kelayakan Neuro-Linguistic-Programming, NLP Master Practitioner yang berdaftar di bawah MCMA, United Kingdom.
Seperti mana yang telah ditulis di atas, isterinya, Farhah Hamid juga turut berkolaborasi secara separuh masa bersama Anwar Suran di dalam Cahaya Metafizik Centre. Beliau merupakan graduan master di UTM pada tahun 2015 dan telah menyambung Certificated of Mindfulness, Diploma in Mysticism dan Advanced Diploma in Alternative Medicine di bawah program Complementary Medical Association, CMA, United Kingdom pada tahun 2017-2020. Dalam masa yang sama, beliau memiliki kelayakan Masters Practitioner Hypnotherapist yang berdaftar di bawah CTAA, United Kingdom.
Pada tahun-tahun yang mendatang, Cahaya Metafizik Centre akan menambah lagi bilangan perawat/master dan membuka cawangannya di negeri-negeri yang lain. Maka itulah sedikit sebanyak mengenai profil Cahaya Metafizik Centre berserta para perawat/masternya buat masa ini. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, bolehlah ikuti Facebook kami di sini atau whatsapp sahaja pihak kami. Kami mungkin mengambil masa yang sangat panjang untuk membalas whatsapp tetapi usah khuatir, ianya pasti berbalas.