Ketika salah seorang dari perawat di Cahaya Metafizik Centre iaitu Anwar Suran sedang menyambung belajar di dalam bidang diploma Parapsychology, terdapat satu bab yang dinamakan sebagai Ancestor Spirit. Mula-mulanya beliau agak kurang faham bab itu kerana ianya agak kompleks, setelah menyiapkan tugasannya/assignment, barulah beliau memahaminya dengan jelas.
Secara global, istilah jin saka itu tidaklah betul-betul 'jin saka' tetapi ianya dipanggil sebagai Ancestor Spirit. Kita boleh menghubungi segala semangat/roh nenek moyang kita dengan ritual tertentu. Ada juga nenek moyang yang sentiasa memiliki ikatan dengan anak cucunya.
Ada satu lagi istilah jin saka secara global iaitu dipanggil sebagai spirit/entity attachment. Apa-apa pun secara global, tiada istilah jin saka secara khusus. Wallahualam.
TUJUAN JIN SAKA
Pada asalnya, tujuan nenek moyang membela jin saka ini adalah bagi perkara yang baik. Tugas jin saka ini adalah sebagai khadam yang menjaga ahli keluarga, ladang dll. Salah satu contoh jin saka yang agak terkenal adalah jenis harimau putih.
Ada banyak kes jin saka yang menjadi jahat setelah nenek moyangnya meninggal dunia lalu mengganggu anak cucu. Ada juga jin saka yang terus menerus menjaga keturunan tuannya. Sesungguhnya alam ghaib memang kompleks!
CARA MENGATAHUI YANG MENGGANGGU ITU ADALAH JIN SAKA
Tahukah tuan/puan apakah perbezaan jin saka dengan jin-jin lain? Kami menulis berdasarkan pengalaman kami di dalam dunia perawatan alternatif dan juga apa yang diceritakan oleh orang-orang yang berpengalaman.
Jin saka akan memiliki kontrak dengan seseorang itu secara pertalian tenaga etheric sedangkan jin-jin lain tiada! Kontrak itu dibuat oleh nenek moyang orang itu.
Berdasarkan pengalaman kami merawat ribuan orang pesakit di Malaysia, Brunei dan juga Singapura, bangsa Melayu dan India rata-ratanya memiliki jin saka samada mereka perasan atau tidak perasan sahaja terhadap kewujudannya. Bangsa cina pula terkenal dengan masalah sihir menyihir.
Kontrak tersebut adalah sangat tidak adil kerana jin saka boleh diwarisi sehingga ke anak cucu sedangkan apa sangatlah yang jin itu mampu menolong selama atuk nenek moyang itu hidup.
Akhirnya jin tersebut beranak pinak dengan banyak dan setiap anak-anak jin akan berpegang pada kontrak tersebut lalu menumpang pada si anak cucu, cicit atuk dan nenek moyang.
Kontrak tersebut adalah wujud berbentuk etheric cords. Kita ruqyahlah pesakit itu sebanyak manapun, selagi kontrak itu wujud, maka jin itu akan berpegang teguh terhadap kontrak itu!
Tujuan ruqyah adalah untuk berdakwah kepada jin disamping menghasilkan gelombang superposisi disruptive interference dan menyebabkan jin itu sakit. Seseorang perawat boleh sahaja menruqyah sehingga jin itu menderita, sakit dan mati, tetapi apakah yang akan terjadi jika jin itu lari ketika pesakit sedang diruqyah?
Pendekatan yang terbaik adalah membatalkan sahaja kontrak jin tersebut. Jika ada 3,4 ekor jin saka pada diri pesakit maka perlulah dibatalkan kesemua kontraknya dan ianya sangat memenatkan si perawat.
Pesakit sendiri pun sebenarnya boleh sahaja membatalkan kontrak itu, caranya adalah; duduk sahaja di bilik tidur atau mana-mana kawasan yang selesa dan diserukan sahaja jin itu datang dan mohon dibatalkan kontrak iaitu ikatan perjanjian untuk seluruh keturunan. Mudah bukan?
Jika pesakit itu jenis lemah semangat atau was-was, tidak mengapa pihak kami di Cahaya Metafizik Centre boleh bantu membatalkan kontraknya. Itulah yang pihak kami lakukan selama ini. Cuma teknik kami agak kasar dan ganas sedikit iaitu kami akan putuskan kontrak secara paksa, rentap dan lenyapkan terus jin itu kesemuanya melalui kaedah-kaedah yang tertentu.
Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, hubungi sahaja pihak kami.