Pasak Ghaib Jin Yang Merosakkan Energi Spiritual


Jin sama sahaja seperti manusia iaitu memiliki barang-barang ghaibnya seperti senjata, mesin, peranti dll. Bukan semua jin itu mengganggu masuk ke dalam tubuh manusia, boleh jadi jin itu hanya pasakkan sahaja barang-barangnya itu ke dalam tubuh manusia agar manusia itu bernasib malang atau ditimpa penyakit misteri.

Bagi golongan spiritual, mereka mengatahui bahawa manusia itu memiliki aliran tenaga dari tulang sulbi mengalir keluar masuk ke ubun-ubun kepalanya, ianya jatuh di bawah bidang ancient spirituality. Barang-barang jin itu boleh dipasak pada aliran tenaga itu agar kehidupan manusia yang mengalaminya penuh bad luck.

Jika barang-barang jin itu dipasakkan pada sel kanser, maka akan berkembanglah sel kanser itu dengan mekar. Jika dipasakkan pada organ maka perlahan-lahan organ itu boleh rosak. Sakit migrain, haid tidak teratur juga boleh jadi asbab dari faktor ini. Ada juga pasak yang mengakibatkan kesempitan rezeki, kemurungan dll. disebabkan aliran tenaga yang sudah kena blok.

Oleh kerana barang-barang jin ini bersifat ghaib, maka ubat-ubatan dari doktor perubatan adalah kurang berkesan sama sekali. Perawat alternatif juga banyak yang terlepas pandang untuk membuang barang-barang tersebut kerana sibuk menghalau jin semata-mata atau tidak menjumpai lokasinya.

Usah terkeliru, barang-barang jin ini bukanlah sihir. Ia masih jatuh di bawah skop gangguan jin, bukan skop sihir. Barang-barang ghaib ini selalunya memang dipasakkan oleh jin semata-mata tanpa arahan/ keterlibatan manusia pun. Mungkin jin itu ada dendam dengan manusia tersebut?

PASAK JIN ADALAH PUNCA KENAPA JIN KEKAL BERADA PADA DIRI MANUSIA

Adakah tuan/puan pernah melihat pesakit-pesakit yang mengalami kerasukan tetapi semasa dirawati, jin yang mengganggunya itu seoalah-olah kebal terhadap rawatan dan berterusan mengganggu si mangsanya? Itulah gunanya pasak yang telah ditusukkan pada tubuh si pesakit agar jin itu boleh berpaut atau ada pautan agar jin itu kekal berada pada tubuh mangsa tersebut.

Apa yang lebih mengerikan lagi, pasak-pasak jin itu juga boleh menyebabkan ada perhubungan atau perkongsian energi di antara diri si pesakit dan juga jin tersebut. Jin yang memiliki pasak dan telah memasakkan pasaknya itu pada tubuh si pesakit adalah jauh lebih kuat berbanding jin yang tiada pasaknya, kenapakah? Kerana energi manusia telah memasuki ke dalam diri jin melalui saluran pasak.

MAGNET PENARIK JIN DAN SIHIR

Kadang-kadang, jika jin itu tidak memasakkan pasaknya pada diri mangsanya, jin itu juga boleh meletakkan magnet penarik jin dan sihir pada diri si mangsa agar diri si mangsa sentiasa menarik jin-jin mahupun sihir dari sekitarnya lantas menjadikan diri si mangsa mendapat serangan jin dan sihir tanpa henti sepanjang hayat secara bertubi-tubi walaupun sudah berkali-kali mendapatkan rawatan alternatif.

Untuk kes pasak dan magnet jin ini, bagi perawat-perawat alternatif yang memiliki keilmuan untuk mengesan dan menanggalkannya atau melenyapkannya sangatlah membantu para pesakit yang mengalami masalah ini. Untuk pengatahuan tuan/puan, para perawat di Cahaya Metafizik Centre memiliki keilmuan dan kepakaran berkenaan itu dan sedikit sebanyak dapat membantu para pesakit. Inilah tujuan asal kenapa artikel ini ditulis.




Share:
Visit My URL

Kod QR Pembayaran Cahaya Metafizik™

Sebarang Pertanyaan, Nyatakan Di Sini













Jumlah Pengunjung Cahaya Metafizik™