Merawati Wanita Yang Kerap Meraga Sukma/Out Of Body Experience, OBE



Tahukah tuan-tuan bahawa, Out of Body Experience, OBE atau di dalam bahasa Melayunya iaitu meraga sukma itu adalah nyata? Justeru, segelintir dari populasi manusia di dunia ini memang pernah memiliki pengalaman mengenainya. Begitulah yang dialami oleh pesakit kami yang hadir ke Cahaya Metafizik Centre pada 14/08/2022, yang mana beliau terlalu kerap mengalami OBE sehingga trauma.

Pesakit ini datang jauh dari Kuching Sarawak, orangnya lembut sahaja, berseri, introvert serta ibu kepada 3-orang anak. Beliau sangat awet muda kerana usianya hampir mencecah 40-tahun tetapi wajahnya seperti berusia awal 20-an.

Apakah OBE itu? Ianya seolah-olah seperti diri/roh/jiwa terkeluar dari jasad lalu merayau-rayau di mana-mana sahaja. Fenomena/anamoli ini tidaklah memiliki dalil yang tepat mengenainya, tetapi sains tetap meneruskan kajiannya tentang ini.

BERPENGALAMAN MELIHAT ROH ORANG MATI

Apa yang diceritakan ini hanyalah dari pengalaman beliau sahaja malah ianya kategori paranormal. Usah judge to quickly, layankan sahaja kisahnya bagi sesiapa yang berminat untuk mengatahuinya. Sebaliknya, bagi sesiapa yang jenis skeptikal, maka abaikan sahaja penulisan ini.

Beliau menyatakan bahawa, beliau pernah OBE ke tanah perkuburan cina di perkampungan Duyong di Melaka (kawasan kampung Hang Tuah), lantas melihat banyak roh-roh orang cina berada di sana termasuklah roh-roh orang Islam. Adakah tuan-tuan ingin tahu apa yang dikatakan oleh roh itu kepada beliau?
Agama itu sebenarnya tiada. Semua orang setelah mati, sama sahaja!
Setelah beliau tamat OBE (kembali ke jasad), beliau agak trauma kerana pengalamannya itu adalah melibatkan akidahnya. Sebab itu OBE ini terlalu bahaya, boleh gila isim dibuatnya.

Antara pengalaman OBE lain yang dari beliau adalah, beliau pernah terbang ke atas langit dan lalu mendapati setiap langit itu memiliki lapisan-lapisannya. Malah, setiap lapisan-lapisan di langit itu pula terdapat para 'penduduknya' (macam roh). Beliau lantas meneruskan terbangnya menembusi setiap lapisan-lapisan langit itu sehinggalah beliau dihalangi oleh penduduk di langit yang jauh lebih atas, lalu beliau kembali ke jasadnya.

Sebenarnya banyak lagi pengalaman OBE beliau yang diceritakan kepada kami tetapi kami tidak mampu menulisnya di sini kerana mungkin terlalu ramai yang akan berkata itu kisah yang 'merepek', 'mengarut', 'halusinasi', 'gila' atau 'sesat lagi menyesatkan'.

Untuk pengatahuan semua, segala pengalaman OBE beliau itu adalah secara tidak sengaja. Beliau juga pernah OBE ke rumah jiran sebelahnya serta ke bandar-bandar. Beliau turut menyatakan, semasa sedang OBE, beliau dapat melihat manusia-manusia lain yang turut jua sedang OBE dan dapat difahami dengan automatik bahasa-bahasa mereka.

RAWATAN ALTERNATIF MENGENAINYA

Semasa rawatan alternatif dijalankan, beliau dapat merasai yang mana tubuhnya seolah-olah tertarik ke belakang iaitu dari posisi sedang bersandar menjadi posisi terbaring. Apa-apa pun beliau layankan sahaja proses rawatan tersebut dengan damai dan tenang.

Kami telah ikhtiar merawati bahagian ubun-ubun kepalanya, kawasan jantungnya, pusatnya serta kawasan-kawasan lain tanpa perlukan sentuhan. Setelah ditanggalkan segala spirit attachment pada dirinya, rawatan pun tamat. 

Mungkin selepas ini beliau masih boleh ter-OBE tanpa sengaja tetapi jauh dengan lebih selamat, insha'Allah. Kenapa kami berkata sedemikian? Kerana otak beliau sangat-sangat pantas mencapai getaran/frekuensi mod theta serta mungkin hormon N, N-dimethyltryptamine DMT-nya agak banyak rembesan.

Kami turut kongsikan kepada beliau tip-tip tentang belief system, rawatan kendiri dan emotional spiral agar tidak lagi diganggu oleh jin-jin atau roh-roh tatkala beliau sedang terhadapi mod getaran/frekuensi theta.

INFORMASI LAIN TENTANG OBE

Seperti mana yang kami tuliskan di perenggan yang pertama, OBE itu adalah nyata (bukan dongeng). Oleh kerana hanya segelintir sahaja insan yang mengalaminya tidak kira bangsa dan agama, maka mereka telah dianggap sewel atau gila oleh masyarakat. Sains pula menyatakan golongan ini mengalami traumatic brain injuries. 

Golongan-golongan spiritual rata-ratanya adalah berpengalaman mengenainya. Kepelbagaian istilah telah dijanakan seperti perjalanan jiwa, Near-Death Experiences, NDE, vivid dream dll. Suatu ketika dahulu, Central Intelligence Agency, CIA pernah menggunakan kaedah ini untuk mengorek rahsia terhadap negara-negara lain serta melaksanakan projek rahsia Stargate.

Kami sendiri pun pernah berpengalaman OBE ini sewaktu dahulu kala semata-mata niat untuk 'ingin tahu'. Terakhir kami pernah OBE adalah pada tahun 2020. Sebenarnya, tiada apa-apa teknik khusus pun untuk OBE ini (tiada mantera atau doa pun), hanya niatkan sahaja sebelum tidur. Segalanya bergantung atas izin yang Maha Kuasa. Kami pun tidak berminat untuk bercerita lebih, biarkan ianya berlalu.




Share:
Visit My URL

Kod QR Pembayaran Cahaya Metafizik™

Sebarang Pertanyaan, Nyatakan Di Sini













Jumlah Pengunjung Cahaya Metafizik™