Di Cahaya Metafizik Centre, pihak kami hanya merawati gangguan jin, sihir dan penyakit misteri sahaja dan selebihnya adalah lebih kepada pembangunan diri dan remodeling minda di bawah sedar pesakit. Kami juga turut membantu buat mereka yang sedang mengalami isu sukar jodoh, ikhtiar rezeki yang terhalang dll.
Kami tidaklah 100% claim boleh merawati mana-mana penyakit yang terlalu fizikal contohnya seperti kencing manis tahap 2, tulang terkehel, darah tinggi, gout, kanser tahap 3-4 dan lain-lain. Segala penyakit yang secara nyatanya adalah fizikal (bukan misteri/sihir), pihak kami menasihatkan agar para pesakit merujuk juga kepada doktor perubatan yang mempunyai displin ilmu mengenainya.
PASAK JIN PADA ANGGOTA SULIT BOLEH MERENCATKAN KELANCARAN ZURIAT
Baiklah, pesakit yang hadir dari Tangkak, Johor pada baru-baru ini iaitu 21/09/2022, pernah menghidapi sawan/epilepsi yang kerap sehingga dirinya boleh tersungkur di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Orangnya pendiam sahaja, tenang serta pendengar yang sangat bagus. Mujurlah isterinya yang penyayang lagi pintar memiliki pengatahuan metafizik iaitu bagaimana teknik untuk reprogramming kembali minda di bawah sedar suaminya agar tidak lagi mengalami sawan. Alhamdulillah, sehingga kini suaminya kekal sembuh.
Apa yang menjadi cabaran yang kedua adalah, isu zuriatnya setelah sekian lama mendirikan rumah tangga. Kini usia mereka telah pun mencecah 40 tahun dan masih lagi tidak berputus asa menantikan zuriatnya. Tidak mengapa, insha'Allah pihak kami bantu ikhtiarkan.
Pertama sekali pesakit iaitu suami dan isteri mestilah perlu memeriksa dahulu tahap kesuburan masing-masing di makmal hospital. Jika disahkan subur mahupun tidak subur, barulah boleh meneruskan dengan rawatan alternatif yang pesakit yakini dan mempercayainya.
Jika ada gangguan jin pada diri si pesakit (contohnya jin Asyik), ianya mestilah dilenyapkan dahulu dan dipastikan lenyap secara kekal, bukanlah lenyap secara sementara lalu jin yang sama boleh kembali datang mengganggu. Jika jin-jin tersebut telah menusukkan pasak-pasaknya pada anggota sulit samada terhadap suami atau isteri, ianya mestilah dicabut/dileraikan juga sekali.
Setelah selesai segalanya itu, kami akan teruskan dengan perkongsian tip spiritual dan metafizik kepada para pesakit bagi melakukan langkah 3, 4 dan 5 secara kendiri di rumah dan ianya sangat-sangat mudah (jangan risau, ia tidaklah wajib). Andai diizinkan oleh yang Maha Kuasa, adalah zuriatnya itu nanti.
Apa yang penting, apabila ada mana-mana pesakit yang memiliki isu zuriat, maka suami dan isteri mestilah sama-sama dirawati dahulu.
Apa-apapun, isteri si pesakit ini turut juga mendapatkan rawatan dari pihak kami berkaitan dirinya yang jenis ber-DNA empathy lalu memiliki ciri-ciri bersifat penyerap masalah-masalah manusia di sekitarnya yang menyebabkan hidupnya menjadi cukup-cukup terganggu. Alhamdulillah, kami merawatinya dengan sebaiknya.