Merawati Kesialan Yang Sentiasa Membelenggu Diri


Pada 3/1/2022, Cahaya Metafizik Centre telah dihadiri oleh sepasang suami-isteri yang datangnya jauh dari Selangor. Isterinya merupakan seorang pensyarah kanan di universiti di Sabah dan kini sedang menyambung Ph.D di semenanjung Malaysia manakala suaminya pula adalah seorang jurutera elektrik. Kedua-duanya sungguh peramah, nampak muda dan berseri berbanding usianya yang sebenar. 

GANGGUAN MISTERI MELANDA DIRI SEMENJAK MUDA

Pasangan ini akui, beliau menemui jodoh agak lambat. Suaminya pula pernah putus cinta berkali-kali. Selepas berkahwin pula, zuriatnya agak sukar. Pernah mengandung sekali dan anaknya sempat hidup selama sebulan sahaja kemudian meninggal dunia. Kami memang simpati mendengar ceritanya.

Isterinya menceritakan lagi, pernah ada insan yang merenung wajah beliau dan tidak semena-mena insan itu kena sampuk! Kehidupan beliau ada sahaja halangannya seperti halangan jodoh, rezeki, masalah zuriat dan yang terkini adalah gangguan ketika melanjutkan pengajian Ph.D! Memang tidak dapat fokus langsung. Tubuhnya pula kerap sakit-sakit sedangkan doktor menyatakan beliau amat sihat.

Itulah dinamakan sebagai simptom gangguan energy blockage.

BAGAIMANAKAH SIMPTOM GANGGUAN ENERGY BLOCKAGE ITU? 

Pasangan suami-isteri ini sudahpun berhabisan banyak wang ringgit demi ikhtiar kepelbagaian rawatan samada di hospital dan juga rawatan alternatif. Mereka tidak pernah berputus asa! Kali ini pasangan ini ingin berikhtiar dengan kami pula. 

Ketika kami cek diri pasangan ini, memang kedua-duanya memiliki gangguan. Gangguan jin Asyik ada, jin liar ada, gangguan energy blockage pun ada. Energy blockage itu adalah sejenis gangguan yang menyerang pada aliran energi murni pada tubuh seseorang manusia. Jika tidak elok alirannya maka hidupnya akan menghadapi pelbagai halangan. Pendek katanya adalah 'sial'. 

Kebanyakan masalah energy blockage ini adalah datangnya dari hasil perbuatan jin pengkhianat yang memasakkan senjata ghaibnya agar manusia itu menderita sepanjang hayat.

RAWATAN ALTERNATIF BERLANGSUNG 

Seperti biasa, semasa sesi rawatan/terapi berlangsung, pesakit sebaiknya perlu menenangkan diri dan tidur sahaja. Pihak kami akan merawati dengan teliti dan sebaik-baiknya. Rawatan ada 2-sesi secara serentak iaitu: 

  1. Rawatan membuang gangguan berat, 
  2. Rawatan membuang bekas-bekas gangguan.

Di kepala isterinya terdapat satu lubang portal yang sangat luas (tidak boleh dilihat secara zahir) dan memang jin akses keluar masuk ke dalam tubuh mengikut lubang itu. Apa-apapun, pihak kami telahpun menutupinya walaupun agak mencabar kerana terlalu luas bukaannya.

Segala jenis energy blockage-nya telahpun dirawati. Cuma untuk maintenance, mereka perlu mandi garam seminggu 2-3 kali dan istiqamahkan.

Apa-apa pun, suami-isteri ini perlulah berlapang dada (terima hakikat) sedikit di mana diri mereka ini memiliki pancaran getaran/frekuensi yang berwarna violet. Orang yang berfrekuensi warna violet ini memang sensitif sedikit dengan keghaiban. Lazimnya orang yang jenis violet ini memiliki sifat empati yang tinggi. Jika pergi ke kawasan 'keras', orang yang jenis violetlah yang paling pantas merasai sensasi gangguan di situ.

Kami memesan kepada isterinya; bekas gangguan jin pada minda di bawah sedar beliau mungkin sudah meninggalkan 'luka' (trauma). Semakin besar lukanya, maka semakin memakan masa jugalah untuk 'parut' itu hilang/pudar setelah dirawati. Apa-apa pun, kesabaran itu sangatlah penting. 

Kami sungguh bersyukur kerana walaupun kami agak mengantuk pada mulanya, selepas bertemu pesakit pada hari ini, serta merta mengantuk itu lenyap. Kami boleh berkomunikasi dengan baik dengan pesakit walaupun tidak begitu fluent. Alhamdulillah sesi rawatan selesai dengan baik.

Pasangan suami-isteri ini  sangatlah hebat kerana walaupun mereka mengalami gangguan yang agak berat semenjak dari usia muda, mereka tetap cekal di dalam kehidupannya iaitu masih mampu memiliki kerjaya yang bagus serta ditemukan jodoh yang baik. Apa yang penting, jangan putus asa dalam ikhtiar!




Share:
Visit My URL

Kod QR Pembayaran Cahaya Metafizik™

Sebarang Pertanyaan, Nyatakan Di Sini













Jumlah Pengunjung Cahaya Metafizik™