Jin Pengkhianat Yang Bersifat Parasit Keghaiban


Berdasarkan pengalaman kami di Cahaya Metafizik Centre yang telah merawati lebih dari 20,000 jumlah pesakit bagi rawatan jarak jauh dan juga hadir diri, kategori gangguan ghaib yang paling terkenal yang dialami oleh pesakit bukanlah dari gangguan jin saka ataupun sihir tetapi datangnya dari gangguan jin pengkhianat.

Boleh jadi jin pengkhianat itu datangnya dari kalangan:

  • Jin liar yang berkeliaran,
  • Jin yang dihantar seseorang,
  • Jin Asyik dari orang lain yang sedang cemburu,
  • Jin saka pada orang lain yang sedang marah,
  • Jin yang berdendam dengan ahli keluarga,
  • Jin pembantu sihir dll.

Simptom atau kesan dari gangguan oleh jin pengkhianat tidaklah begitu berbeza manapun berbanding simptom gangguan jin saka mahupun jin Asyik, kesemuanya lebih kurang sama sahaja. Kadang-kadang, bermati-matian si pesakit merasakan dirinya sedang diganggu oleh jin saka atau mengalami sihir, rupa-rupanya diganggu oleh jin pengkhianat jenis liar sahaja kerana simptomnya yang lebih kurang sama dengan gangguan jin kategori yang lain-lain.

TUJUAN UTAMA JIN MENGGANGGU MANUSIA

Jin sama sahaja seperti manusia iaitu perlu keluar mencari rezeki untuk kelangsungan hidup. Jin memakan sesuatu yang lain dari pemakanan manusia iaitu memakan wap dari najis-najis, memakan tulang-belulang yang telah kering, memakan asap-asap dan lain-lain. 

Jin juga terdiri dari kepelbagaian bangsa yang terlalulah berbeza antara satu sama lainnya. Ada yang tinggal di lautan, ada yang tinggal di udara dan ada juga yang tinggal di atas tanah seperti di bukit-bukau, gunung-ganang, gurun-gurun dan lain-lain. Bilangan jin itu tersangatlah banyak sehingga luar dari perhitungan.

Untuk pengatahuan tuan/puan, bangsa jin yang mengganggu manusia itu tidaklah ramai kerana yang mengganggu itu hanyalah dari kalangannya yang jenis 'sampah masyarakat' sahaja iaitu yang jenis tidak intelek dan mengambil kesempatan. Teruskan pembacaan.

Jin-jin yang kategori sampah masyarakat ini cukup gemar membuat jenayah dan salah-satunya mengganggu manusia. Kenapa jin itu mengganggu? Oleh kerana jin itu malas hendak keluar mencari rezeki, jin itu hanya mengambil kesempatan dengan cara menempel sahaja pada manusia dan lalu menyerap zat-zat energi dari diri manusia tersebut sepanjang hidupnya. Inilah yang digelar sebagai parasit keghaiban!

Selain dari di atas, kemungkinan besar jin itu mengganggu manusia adalah kerana manusia itu yang tidak sengaja terganggu atau terbunuh jin-jin itu, mungkin juga jin itu menganggu atas arahan seseorang. Apa-apapun, semua jenis gangguan tersebut adalah bersifat memudaratkan.

JENIS-JENIS BANGSA JIN

Seperti yang ditulis di atas, jin terdiri dari kepelbagaian bangsa yang sangat berlainan di antara satu sama lain. Jin-jin yang gemar mengganggu manusia adalah datangnya dari jin yang cukup lemah samada tubuh dan juga inteleknya. Oleh kerana manusia tidak mampu melihatnya menggunakan mata kasar, maka sebab itulah ramai manusia mengganggap jin itu kuat dan sukar untuk dibunuh atau tidak mampu dibunuh, padahal sebaliknya jauh dari realiti.

Antara jin-jin yang lemah dan tidak beberapa bijak serta terkenal di nusantara adalah seperti pocong, demit, toyol dan pontianak manakala jenis jin yang kuat sedikit adalah genderuwo (hantu raya), banaspati dan bunian. Apa yang disenaraikan ini adalah yang terkenal di nusantara sahaja, bukannya di seluruh dunia. Hakikatnya terdapat jin-jin lain yang jauh lebih berkali-kali ganda tahap kekuatannya tetapi minatnya untuk mengganggu manusia adalah sangat kurang.




Share:
Visit My URL

Kod QR Pembayaran Cahaya Metafizik™

Sebarang Pertanyaan, Nyatakan Di Sini













Jumlah Pengunjung Cahaya Metafizik™