Informasi ini ditulis adalah khusus buat mereka yang mempercayai perkara-perkara ghaib (selain wahyu) serta jenis berminda terbuka sahaja. Mana-mana mereka yang jenis skeptikal, maka tidak perlulah meneruskan pembacaan kerana penulisan ini tidaklah sesuai untuk tuan/puan. Kami menghargai masa tuan/puan sebaiknya.
Apakah definasi 'ghaib' bagi tuan/puan? Baiklah, sebelum kami meneruskan penulisan yang lebih lanjut, kami ingin berkongsikan dahulu apakah makna 'ghaib' itu barulah kemudian kami menghuraikan isu-isu gangguan global mengenai bulan Oktober pada setiap tahun.
DEFINASI GHAIB YANG RELATIF
Adakah tuan/puan dapat mengatahui apakah yang kami mimpikan ketika tidur pada malam tadi? Sudah tentu tidak tahu bukan? Ini bermakna, mimpi kami itu tidaklah ghaib bagi kami tetapi ianya cukup ghaib buat tuan/puan.
Adakah tuan/puan dapat melihat malaikat? Sudah tentu tidak bukan? Namun orang yang sedang sakaratulmaut dapat sahaja melihat malaikat. Ini bermakna, malaikat itu cukup ghaib buat kita semua tetapi tidak pula ghaib bagi sesiapa yang sedang mengalami sakaratulmaut. Justeru, para Nabi juga mampu sahaja melihat malaikat dan tidaklah ghaib pun pada pandangan matanya.
Adakah tuan/puan dapat mengatahui keadaan janin/bayi di dalam rahim? Sudah tentu tidak bukan? Kerana terdapat hadith sahih menyatakan itu adalah perkara ghaib. Meskipun begitu, mesin ultrasound scanner dapat sahaja mengesan keadaan janin di dalam rahim termasuklah bunyi denyutan jantung janin itu. Ini bermakna, janin di dalam rahim itu adalah ghaib bagi kita tetapi tidak pula ghaib bagi para doktor atau juru X-Ray yang menggunakan mesin ultrasound scanner.
Adakah tuan/puan dapat tahu apakah yang bakal berlaku pada masa hadapan? Sudah tentu tidak bukan? Namun, Rasulullah SAW banyak sahaja pengatahuannya tentang masa hadapan termasuklah keadaan syurga dan neraka. Ini bermakna, masa hadapan itu ghaib bagi kita tetapi tidaklah terlalu ghaib bagi Rasulullah SAW. Kadang-kadang, mimpi kita itu sendiri adalah berkaitan takdir di masa hadapan.
Adakah tuan/puan dapat tahu bagaimana dan di manakah pembendaharaan Allah SWT itu? Sudah tentulah semua manusia tidak mengatahui pun tentangnya. Ianya adalah 100% ghaib dan tersembunyi.
Jadi, sesuatu perkara yang ghaib itu tidaklah menjadi ghaib pun jika Tuhan mengizinkan seseorang itu dapat mengatahuinya. Jika tuan/puan semua percaya bahawa jin itu adalah 100% ghaib, maka sangkaan itu tidaklah begitu tepat kerana ada sahaja manusia yang dapat melihatnya dengan izin Tuhan contohnya seperti kanak-kanak yang masih kecil dan juga segelintir orang dewasa pada kondisi-kondisi yang tertentu.
GANGGUAN GHAIB PADA SETIAP KALI MENJELANGNYA BULAN OKTOBER
GANGGUAN GHAIB PADA SETIAP KALI MENJELANGNYA BULAN OKTOBER
Untuk pengatahuan semua, dunia kita (fizikal/material) dan alam jin/astral plane (extraterrestrial) ini adalah saling berkongsi tetapi dibatasi oleh satu veil. Tidak semua jin-jin itu berada di dunia material (luar dari veil). Pada veil itu pula, akan ada pula portal-portal laluan yang membolehkan jin-jin itu akses keluar-masuk ke dunia manusia dan alamnya sendiri. Antara portal yang terkenal adalah Egypt Stargates.
Jumlah bilangan jin itu terlalulah banyak dan majoriti dari para jin itu pula adalah berada di dalam veil mereka sendiri malah memiliki pula kehidupannya yang tersendiri iaitu bersistem, berundang-undang, berkerajaan, berpolitik, memiliki kepelbagaian agama, ekonomi dan sosial.
Tahukah tuan/puan bahawa, veil yang memisahkan antara alam material dan juga alam jin/astral di dunia kita ini boleh menjadi menipis? Ya, sangat-sangat boleh jika ada fenomena alam dan iuga ritual-ritual sihir yang bersifat global yang dilakukan oleh segelintir manusia. Adakah ritual-ritual itu ada? Ya, memang ada lebih-lebih lagi pada bulan Oktober pada setiap tahun iaitu ritual Samhain.
KESAN NEGATIF RITUAL SAMHAIN PADA PERINGKAT GLOBAL
Bagi mereka yang dirinya jenis sensitif terhadap keghaiban, lazimnya merekalah yang akan menjadi insan terawal yang dapat mengesan kesan-kesan gangguan ghaib dari ritual Samhain itu. Ada yang semenjak dari awal bulan Oktober lagi dapat mengesaninya walaupun tarikh sebenarnya adalah pada 31 Oktober.
Pada setiap kali masuknya bulan Oktober, maka akan ramailah insan di seluruh dunia tidak mengira bangsa dan agama yang akan mengalami mimpi-mimpi yang ganjil malah tidak elok semasa tidur. Ada yang mimpi rakan-rakan lama yang tidaklah begitu rapat pun selama ini, ada yang termimpi haiwan-haiwan seram, ada yang termimpi kekotoran dan macam-macam lagi. Mungkin ada juga yang termengalami sakit-sakit fizikal seperti sengal sendi, angin, gatal-gatal kulit tanpa sebab dan lain-lain.
Adakah mereka yang mengalami mimpi-mimpi dan gangguan tersebut bermakna dirinya sedang memiliki gangguan ghaib? Contohnya seperti gangguan jin saka, sihir dll.? Jawapannya adalah tidak semestinya. Kebanyakan apa yang dialaminya itu adalah kesan dari tindak balas minda di bawah sedarnya yang dapat mengesan fenomena alam berkaitan veil yang semakin menipis tersebut. Maka, tidak perlulah terlalu risau jika tuan/puan mengalami mimpi-mimpi yang ganjil pada bulan Oktober. Buat tidak tahu sahaja.
Kita juga tidak mampu pun untuk menahan para ahli sihir (wiccan) yang sedang melakukan ritual Samhain itu dek kerana ianya sudah menjadi adat/budaya turun-temurunnya semenjak dari sebelum masihi lagi. Selepas ritual itu berlangsung, selalunya veil itu akan kembali menjadi sediakala melainkan ada ritual-ritual sihir atau fenomena alam yang lain pula yang akan menipiskannya.
Selain dari solusi agama, kami menggalakkan tuan/puan semua amalkanlah mandi garam kasar bersama healing properties untuk mengurangkan kesan gangguan ghaib pada bulan Oktober lebih-lebih lagi gangguan mimpi ganjil/seram semasa tidur.