Gangguan Jin Asyik Dan Kesannya Pada Perhubungan


Boleh dikatakan terdapat
1001 faktor gangguan di dalam rumah tangga sama ada faktor fizikal mahupun faktor ghaib. Antara contoh-contohnya adalah seperti gangguan dari kuasa veto ibu atau bapa kandung atau mentua, pembawaan mulut adik beradik ipar, gangguan dari ex-pasangan, gangguan skandal, gangguan mental (ADHD, mild autism, OCD), fantasi batin yang tidak terlaksana, penyakit dan lain-lain.

Pada artikel kali ini, kami hanya ingin membahaskan mengenai gangguan jin Asyik sahaja.

Apakah itu jin Asyik? Jin Asyik ini datangnya dari istilah orang-orang lama iaitu jin yang jatuh cinta pada manusia lalu 'asyik' menatap wajah manusia yang dicintainya itu. Sebab itulah ia digelarkan sebagai jin 'Asyik'. Gangguan ini amatlah memudaratkan!

Jin Asyik itu tidak semestinya mengganggu insan yang sudah bernikah, malah orang bujang dan kanak-kanak pun boleh menjadi mangsa gangguan jin Asyik. Jin Asyik ini tidak semestinya juga lurus orientasi seks-nya kerana ada juga jin Asyik yang jenis gay, lesbian dll.

Boleh jadi jin Asyik ini datangnya dari kepelbagaian bangsa atau jenis jin sama ada ifrit, genderuwo, demit, barong dll.

SIMPTOM GANGGUAN JIN ASYIK

Simptom gangguan jin Asyik ini adalah berbeza bagi setiap individu. Mungkin ada yang mengalami 2 atau 3 dari tanda-tanda di bawah ini:

  • Panas baran, serabut,
  • Tidak berselera pada si pasangan,
  • Hilang perasaan cinta atau jadi benci,
  • Tiba-tiba berperangai 'mental',
  • Wajah jadi kusam, tiada nur,
  • Penyakit misteri atau cyst yang tidak berhenti,
  • Mimpi berhubungan batin dengan insan tidak dikenali,
  • Haid tidak teratur atau langsung tidak datang,
  • Masalah zuriat yang amat ketara, dll.,

MEKANISMA GANGGUAN JIN ASYIK

Politik gangguan jin Asyik ini boleh tahan juga berbelit-belitnya. Di harap tuan-tuan dapat memahaminya dengan terperinci agar ketika mendapatkan rawatan alternatif kelak, tuan-tuan faham apa yang sedang berlaku. Di bawah ini contoh-contohnya:

Anggaplah A dan B adalah pasangan cinta, boleh jadi:

  • Jin pada A mengganggu B = B ingin berpisah,
  • Jin pada A mengganggu A = A ingin berpisah,
  • Jin pada A dan jin pada B = A atau/dan B ingin berpisah,
  • Jin pada A dan/atau jin pada B = Tiada zuriat,
  • Jin pada A atau/dan jin pada B = Tidak berpisah tetapi rumah tangga goyah,
  • Jin pada A (contohnya perempuan) = Haid tidak teratur, kerap gugur, asyik alami ketumbuhan cyst atau endometriosis.

Gangguan jin Asyik bukanlah terhad seperti di atas sahaja, ada banyak lagi yang kami tidak tertulis. Sihir pemisah dan gangguan jin saka juga turut boleh menjadi faktor tambahan dalam gangguan rumah tangga.

Apabila gangguan itu sudah meleret-leret  atau sudah sebati iaitu telah memberi kesan jangka masa panjang terhadap psikologi si pasangan, maka rawatannya juga bukanlah overnight process. Gangguan jin mungkin telah lenyap selepas dirawati tetapi kesan pada jiwa dan minda pasangan mungkin mengambil masa yang perlahan-lahan untuk kembali pulih.

Pastikan anak-anak yang masih kecil ataupun remaja juga tidak diganggu oleh jin Asyik. Kesannya tetap jua memudaratkan jiwanya walaupun masih belum bernikah.

Kami sebagai perawat alternatif insha'Allah boleh ikhtiarkan merawati gangguan ghaib yang ada pada diri pasangan yang disyaki alami gangguan. Jika gangguan pada dirinya telah selesai lalu sifatnya turut jua berubah menjadi positif, maka itu adalah keizinan dari yang Maha Kuasa.




Share:
Visit My URL

Kod QR Pembayaran Cahaya Metafizik™

Sebarang Pertanyaan, Nyatakan Di Sini













Jumlah Pengunjung Cahaya Metafizik™