Etika Rawatan Alternatif Di Cahaya Metafizik Centre, Kuantan



Jika tuan/puan melihat ada beberapa foto kami di website ini yang sedang berkopiah, ianya bukanlah menandakan kami ini seorang ustaz, ustazah ataupun agamawan. Kami (Anwar Suran) memakai kopiah adalah kerana disebabkan malas hendak menyikat rambut yang agak panjang dan lurus. Apa-apapun, kami di Cahaya Metafizik Centre ini hanyalah seorang parapsychologist dan alternative healer sahaja iaitu:

  • Mengambil tahu hal entiti/anamoli/mistik, 
  • Mendalami ilmu spiritual dan metafizik, 
  • Merawati gangguan ghaib.

Jadi, mohon elakkan memanggil kami dengan gelaran ustaz serta elakkan juga menganggap kami ini alim atau agamawan. Panggil sahaja para perawat di sini dengan panggilan nama atau encik, atau tuan, puan dll.

ETIKA RAWATAN DI CAHAYA METAFIZIK CENTRE

Di Cahaya Metafizik Centre, kami sentiasa berusaha untuk menjaga etika rawatan dan layanan kami di mana kami tidak akan sesekali:

  • Menghukumi personaliti/kesilapan pesakit contohnya: "kamu tidak beriman", "kamu kurang berzikir" dll., 
  • Tidak mengkritik/mengulas kaedah rawatan di tempat-tempat yang lain, 
  • Kegembiraan dan kemesraan adalah prinsip utama kami, 
  • Kami akan sedaya upaya mempermudahkan segala urusan pesakit tatkala rawatan, 
  • Kami akan mendengar masalah pesakit sebaik-baiknya tanpa prejudis (berburuk sangka).

KAEDAH RAWATAN KAMI

Kaedah rawatan kami pula adalah terlalu banyak tekniknya. Kami memegang prinsip iaitu kaedah ikhtiar itu adalah pelbagai, bukanlah hanya dengan satu kaedah sahaja. Jika tidak sembuh dengan cara 'ini', maka perlulah ikhtiar dengan cara 'itu' pula dan juga seterusnya sehinggalah masalah pesakit itu sembuh ataupun menjadi paling minima dengan izin Allah Taala. 

Langkah pertama adalah kami perlu memeriksa dahulu kategori dan simptom gangguan ghaib pada diri setiap pesakit iaitu adakah ianya gangguan jin? sihir? sakit fizikal/perubatan? dll. 

Setelah diberitahu kepada para pesakit apakah jenis gangguan yang dialaminya serta kadar maharnya, maka para pesakit itu bolehlah memilih samada mahu meneruskan rawatan ataupun mahu menangguhkannya dahulu.

Kami akan menawarkan dua pilihan rawatan iaitu: 


Dari segi keberkesanan rawatan, kedua-duanya adalah sama sahaja cuma bezanya adalah, jika pesakit hadir diri ke Cahaya Metafizik Centre, mereka akan mendapat sesi konsultansi dll. Dari segi mahar/kos pula sudah tentu rawatan jarak jauh sedikit rendah. 

Kami juga seboleh-bolehnya tidak akan menjadikan pesakit itu alami kerasukan/histeria. Kami mengutamakan suasana yang indah, damai, dan ceria insha'Allah (kerana kami amat sukakan ketenangan). 

Lazimnya partner kami juga (Farhah Hamid) akan membantu di dalam sesi rawatan kerana kehadiran beliau adalah menjadi pelengkap terhadap sesi rawatan tersebut. Mereka yang pernah hadir ke sini sahaja yang tahu keterlibatan beliau di dalam merawati para pesakit.




Share:
Visit My URL

Kod QR Pembayaran Cahaya Metafizik™

Sebarang Pertanyaan, Nyatakan Di Sini













Jumlah Pengunjung Cahaya Metafizik™