Rawatan Gangguan Jin, Sihir Dan Sakit Misteri Secara Kaedah Metafizik, Kuantan


Adakah tuan/puan sedang tinggal atau berada di Pahang, Terengganu, Kelantan? Dan, adakah tuan/puan sekarang ini mengesyaki diri tuan/puan sedang mengalami gangguan ghaib (jin/sihir) atau penyakit misteri?  Baiklah, kami di Cahaya Metafizik Centre amat mengalu-alukan tuan/puan untuk hadir sahaja ke tempat kami untuk kami ikhtiar membantu memberikan rawatan dan konsultansi yang terbaik terhadap segala cabaran yang tuan/puan sedang alami sekarang ini.

Di bawah ini adalah alamat kami:

Cahaya Metafizik™ Centre,
No.28, Lorong Bandar Putra 4/1,
Bandar Putra,
26060 Kuantan, Pahang.


Google Map, klik di SINI

Jika tuan/puan tinggal jauh dari Kuantan pula, usah risau kerana tuan/puan boleh mendapatkan rawatan secara jarak jauh sahaja. Untuk pengatahuan tuan/puan, semenjak Cahaya Metafizik™ ditubuhkan pada tahun 2017, anggaran 70% dari pesakit kami adalah lebih memilih untuk mendapatkan rawatan secara jarak jauh sahaja bagi menjimatkan masa dan kos perjalanan mereka.

Bagi tuan/puan yang berminat untuk hadir diri ke pusat rawatan kami, buat masa ini kami hanya menggunakan sistem temujanji sahaja dan masih tiada lagi sesi walk in. Sebelum tuan/puan hadir ke sini, tuan/puan diwajibkan untuk dicekkan dahulu gangguan ghaibnya secara jarak jauh oleh pihak kami kerana bukan kesemua jenis penyakit itu datangnya dari gangguan ghaib. Kami perlu cekkan dahulu sebelum temujanji itu dibuat.

Di bawah ini adalah pautan-pautan untuk pembacaan yang selanjutnya:

Panduan cek gangguan ghaib, KLIK
Rawatan hadir diri, KLIK
Rawatan jarak jauh, KLIK
Tarikh temujanji rawatan, KLIK

Rawatan kami lebih menggunakan pendekatan spiritual dan metafizik. Kami telah menulis sangat banyak informasi-informasinya di website ini dan tuan/puan boleh membacanya.

Semenjak dari tahun 2017 dan sehinggalah kini, jumlah pesakit kami yang telah mendapatkan rawatan secara hadir diri dan juga secara jarak jauh telahpun mencecah sekitar 20,000 orang. Majoriti dari mereka alhamdulillah menyatakan telah sembuh dengan baik setelah mendapatkan rawatan dari kami. 

Suatu ketika dahulu, kami hanya memiliki facebook sahaja (klik di SINI) dan alhamdulillah, pada penghujung tahun 2023, barulah kami berkesempatan untuk membina website www.cahayametafizik.com ini.

Andai tuan/puan memiliki pertanyaan yang lebih lanjut, tuan/puan bolehlah whatsapp langsung kepada pihak kami dan jika tiada aral yang melintang serta memiliki masa lapang, kami pasti akan membalasnya. Sila klik whatsapp kami di SINI

Kami memohon maaf andai kata kami agak mengambil masa untuk membalas segala whatsapp dari tuan/puan kerana kadang-kadang kami agak sibuk merawati para pesakit yang sangat ramai. Terima kasih kerana memahami.

Share:

Gangguan Makhluk Astral Setiap Kali Tibanya Bulan Oktober


Informasi ini ditulis adalah khusus buat mereka yang mempercayai perkara-perkara ghaib (selain wahyu) serta jenis berminda terbuka sahaja. Mana-mana mereka yang jenis skeptikal, maka tidak perlulah meneruskan pembacaan kerana penulisan ini tidaklah sesuai untuk tuan/puan. Kami menghargai masa tuan/puan sebaiknya.

Apakah definasi 'ghaib' bagi tuan/puan? Baiklah, sebelum kami meneruskan penulisan yang lebih lanjut, kami ingin berkongsikan dahulu apakah makna 'ghaib' itu barulah kemudian kami menghuraikan isu-isu gangguan global mengenai bulan Oktober pada setiap tahun.

DEFINASI GHAIB YANG RELATIF 

Adakah tuan/puan dapat mengatahui apakah yang kami mimpikan ketika tidur pada malam tadi? Sudah tentu tidak tahu bukan? Ini bermakna, mimpi kami itu tidaklah ghaib bagi kami tetapi ianya cukup ghaib buat tuan/puan.

Adakah tuan/puan dapat melihat malaikat? Sudah tentu tidak bukan? Namun orang yang sedang sakaratulmaut dapat sahaja melihat malaikat. Ini bermakna, malaikat itu cukup ghaib buat kita semua tetapi tidak pula ghaib bagi sesiapa yang sedang mengalami sakaratulmaut. Justeru, para Nabi juga mampu sahaja melihat malaikat dan tidaklah ghaib pun pada pandangan matanya. 

Adakah tuan/puan dapat mengatahui keadaan janin/bayi di dalam rahim? Sudah tentu tidak bukan? Kerana terdapat hadith sahih menyatakan itu adalah perkara ghaib. Meskipun begitu, mesin ultrasound scanner dapat sahaja mengesan keadaan janin di dalam rahim termasuklah bunyi denyutan jantung janin itu. Ini bermakna, janin di dalam rahim itu adalah ghaib bagi kita tetapi tidak pula ghaib bagi para doktor atau juru X-Ray yang menggunakan mesin ultrasound scanner.

Adakah tuan/puan dapat tahu apakah yang bakal berlaku pada masa hadapan? Sudah tentu tidak bukan? Namun, Rasulullah SAW banyak sahaja pengatahuannya tentang masa hadapan termasuklah keadaan syurga dan neraka. Ini bermakna, masa hadapan itu ghaib bagi kita tetapi tidaklah terlalu ghaib bagi Rasulullah SAW. Kadang-kadang, mimpi kita itu sendiri adalah berkaitan takdir di masa hadapan. 

Adakah tuan/puan dapat tahu bagaimana dan di manakah pembendaharaan Allah SWT itu? Sudah tentulah semua manusia tidak mengatahui pun tentangnya. Ianya adalah 100% ghaib dan tersembunyi.

Jadi, sesuatu perkara yang ghaib itu tidaklah menjadi ghaib pun jika Tuhan mengizinkan seseorang itu dapat mengatahuinya. Jika tuan/puan semua percaya bahawa jin itu adalah 100% ghaib, maka sangkaan itu tidaklah begitu tepat kerana ada sahaja manusia yang dapat melihatnya dengan izin Tuhan contohnya seperti kanak-kanak yang masih kecil dan juga segelintir orang dewasa pada kondisi-kondisi yang tertentu.

GANGGUAN GHAIB PADA SETIAP KALI MENJELANGNYA BULAN OKTOBER

Untuk pengatahuan semua, dunia kita (fizikal/material) dan alam jin/astral plane (extraterrestrial) ini adalah saling berkongsi tetapi dibatasi oleh satu veil. Tidak semua jin-jin itu berada di dunia material (luar dari veil). Pada veil itu pula, akan ada pula portal-portal laluan yang membolehkan jin-jin itu akses keluar-masuk ke dunia manusia dan alamnya sendiri. Antara portal yang terkenal adalah Egypt Stargates.

Jumlah bilangan jin itu terlalulah banyak dan majoriti dari para jin itu pula adalah berada di dalam veil mereka sendiri malah memiliki pula kehidupannya yang tersendiri iaitu bersistem, berundang-undang, berkerajaan, berpolitik, memiliki kepelbagaian agama, ekonomi dan sosial. 

Tahukah tuan/puan bahawa, veil yang memisahkan antara alam material dan juga alam jin/astral di dunia kita ini boleh menjadi menipis? Ya, sangat-sangat boleh jika ada fenomena alam dan iuga ritual-ritual sihir yang bersifat global yang dilakukan oleh segelintir manusia. Adakah ritual-ritual itu ada? Ya, memang ada lebih-lebih lagi pada bulan Oktober pada setiap tahun iaitu ritual Samhain.

KESAN NEGATIF RITUAL SAMHAIN PADA PERINGKAT GLOBAL

Bagi mereka yang dirinya jenis sensitif terhadap keghaiban, lazimnya merekalah yang akan menjadi insan terawal yang dapat mengesan kesan-kesan gangguan ghaib dari ritual Samhain itu. Ada yang semenjak dari awal bulan Oktober lagi dapat mengesaninya walaupun tarikh sebenarnya adalah pada 31 Oktober. 

Pada setiap kali masuknya bulan Oktober, maka akan ramailah insan di seluruh dunia tidak mengira bangsa dan agama yang akan mengalami mimpi-mimpi yang ganjil malah tidak elok semasa tidur. Ada yang mimpi rakan-rakan lama yang tidaklah begitu rapat pun selama ini, ada yang termimpi haiwan-haiwan seram, ada yang termimpi kekotoran dan macam-macam lagi. Mungkin ada juga yang termengalami sakit-sakit fizikal seperti sengal sendi, angin, gatal-gatal kulit tanpa sebab dan lain-lain.

Adakah mereka yang mengalami mimpi-mimpi dan gangguan tersebut bermakna dirinya sedang memiliki gangguan ghaib? Contohnya seperti gangguan jin saka, sihir dll.? Jawapannya adalah tidak semestinya. Kebanyakan apa yang dialaminya itu adalah kesan dari tindak balas minda di bawah sedarnya yang dapat mengesan fenomena alam berkaitan veil yang semakin menipis tersebut. Maka, tidak perlulah terlalu risau jika tuan/puan mengalami mimpi-mimpi yang ganjil pada bulan Oktober. Buat tidak tahu sahaja.

Kita juga tidak mampu pun untuk menahan para ahli sihir (wiccan) yang sedang melakukan ritual Samhain itu dek kerana ianya sudah menjadi adat/budaya turun-temurunnya semenjak dari sebelum masihi lagi. Selepas ritual itu berlangsung, selalunya veil itu akan kembali menjadi sediakala melainkan ada ritual-ritual sihir atau fenomena alam yang lain pula yang akan menipiskannya. 

Selain dari solusi agama, kami menggalakkan tuan/puan semua amalkanlah mandi garam kasar bersama healing properties untuk mengurangkan kesan gangguan ghaib pada bulan Oktober lebih-lebih lagi gangguan mimpi ganjil/seram semasa tidur.




Share:

Merawati Kesialan Yang Sentiasa Membelenggu Diri


Pada 3/1/2022, Cahaya Metafizik Centre telah dihadiri oleh sepasang suami-isteri yang datangnya jauh dari Selangor. Isterinya merupakan seorang pensyarah kanan di universiti di Sabah dan kini sedang menyambung Ph.D di semenanjung Malaysia manakala suaminya pula adalah seorang jurutera elektrik. Kedua-duanya sungguh peramah, nampak muda dan berseri berbanding usianya yang sebenar. 

GANGGUAN MISTERI MELANDA DIRI SEMENJAK MUDA

Pasangan ini akui, beliau menemui jodoh agak lambat. Suaminya pula pernah putus cinta berkali-kali. Selepas berkahwin pula, zuriatnya agak sukar. Pernah mengandung sekali dan anaknya sempat hidup selama sebulan sahaja kemudian meninggal dunia. Kami memang simpati mendengar ceritanya.

Isterinya menceritakan lagi, pernah ada insan yang merenung wajah beliau dan tidak semena-mena insan itu kena sampuk! Kehidupan beliau ada sahaja halangannya seperti halangan jodoh, rezeki, masalah zuriat dan yang terkini adalah gangguan ketika melanjutkan pengajian Ph.D! Memang tidak dapat fokus langsung. Tubuhnya pula kerap sakit-sakit sedangkan doktor menyatakan beliau amat sihat.

Itulah dinamakan sebagai simptom gangguan energy blockage.

BAGAIMANAKAH SIMPTOM GANGGUAN ENERGY BLOCKAGE ITU? 

Pasangan suami-isteri ini sudahpun berhabisan banyak wang ringgit demi ikhtiar kepelbagaian rawatan samada di hospital dan juga rawatan alternatif. Mereka tidak pernah berputus asa! Kali ini pasangan ini ingin berikhtiar dengan kami pula. 

Ketika kami cek diri pasangan ini, memang kedua-duanya memiliki gangguan. Gangguan jin Asyik ada, jin liar ada, gangguan energy blockage pun ada. Energy blockage itu adalah sejenis gangguan yang menyerang pada aliran energi murni pada tubuh seseorang manusia. Jika tidak elok alirannya maka hidupnya akan menghadapi pelbagai halangan. Pendek katanya adalah 'sial'. 

Kebanyakan masalah energy blockage ini adalah datangnya dari hasil perbuatan jin pengkhianat yang memasakkan senjata ghaibnya agar manusia itu menderita sepanjang hayat.

RAWATAN ALTERNATIF BERLANGSUNG 

Seperti biasa, semasa sesi rawatan/terapi berlangsung, pesakit sebaiknya perlu menenangkan diri dan tidur sahaja. Pihak kami akan merawati dengan teliti dan sebaik-baiknya. Rawatan ada 2-sesi secara serentak iaitu: 

  1. Rawatan membuang gangguan berat, 
  2. Rawatan membuang bekas-bekas gangguan.

Di kepala isterinya terdapat satu lubang portal yang sangat luas (tidak boleh dilihat secara zahir) dan memang jin akses keluar masuk ke dalam tubuh mengikut lubang itu. Apa-apapun, pihak kami telahpun menutupinya walaupun agak mencabar kerana terlalu luas bukaannya.

Segala jenis energy blockage-nya telahpun dirawati. Cuma untuk maintenance, mereka perlu mandi garam seminggu 2-3 kali dan istiqamahkan.

Apa-apa pun, suami-isteri ini perlulah berlapang dada (terima hakikat) sedikit di mana diri mereka ini memiliki pancaran getaran/frekuensi yang berwarna violet. Orang yang berfrekuensi warna violet ini memang sensitif sedikit dengan keghaiban. Lazimnya orang yang jenis violet ini memiliki sifat empati yang tinggi. Jika pergi ke kawasan 'keras', orang yang jenis violetlah yang paling pantas merasai sensasi gangguan di situ.

Kami memesan kepada isterinya; bekas gangguan jin pada minda di bawah sedar beliau mungkin sudah meninggalkan 'luka' (trauma). Semakin besar lukanya, maka semakin memakan masa jugalah untuk 'parut' itu hilang/pudar setelah dirawati. Apa-apa pun, kesabaran itu sangatlah penting. 

Kami sungguh bersyukur kerana walaupun kami agak mengantuk pada mulanya, selepas bertemu pesakit pada hari ini, serta merta mengantuk itu lenyap. Kami boleh berkomunikasi dengan baik dengan pesakit walaupun tidak begitu fluent. Alhamdulillah sesi rawatan selesai dengan baik.

Pasangan suami-isteri ini  sangatlah hebat kerana walaupun mereka mengalami gangguan yang agak berat semenjak dari usia muda, mereka tetap cekal di dalam kehidupannya iaitu masih mampu memiliki kerjaya yang bagus serta ditemukan jodoh yang baik. Apa yang penting, jangan putus asa dalam ikhtiar!




Share:

Pesakit Yang Disumpah Sehingga Alami 'Energy Blockage'


Pada 30/11/2021, Cahaya Metafizik Centre pernah dihadiri oleh sepasang suami-isteri dari Tangkak, Johor yang ingin mendapatkan khidmat cek gangguan dan konsultansi terhadap gangguan ghaib yang dialaminya selama ini. 

Pasangan suami-isteri ini memang peramah, ceria lagi mempesonakan. Pengatahuan tentang metafiziknya boleh dikatakan agak cemerlang. Banyaklah beliau berkongsi info pengalaman esoteriknya. 

Setelah pihak kami bantu cekkan gangguan apakah yang membelenggu diri mereka sekeluarga, apa yang kami dapati adalah, selain dari gangguan jin, seperti ada jalur energi spells and curses yang perlu dibatalkan. Apakah perbezaan di antara spells and curses dengan penyakit Ain?

  • Spells and Curses = berpunca dari mulut, 
  • Penyakit Ain = berpunca dari mata.

Alhamdulillah, sesi terapi berjalan dengan baik walaupun agak mencabar juga. Segala portal akses keluar-masuk jin pada tubuh mereka telahpun ditutup sebaiknya. Rawatan pun selesai. 

Pesakit telah dibekalkan dengan air berupa rebusan herba dll., agar segala energi yang tidak baik jika ada saki baki di dalam tubuh dapat dikeluarkan sama ada dengan cara dimuntahkan atau membuang air besar.

Nota kaki: Kami (Anwar Suran) memakai kopiah bukanlah disebabkan kami jenis Islamik (kami bukan ustaz/agamawan) tetapi hendak menutup rambut yang cukup panjang pada masa itu.




Share:

Cahaya Metafizik - Soalan Lazim Serta Terma Dan Syarat


Adakah tuan/puan sudah mentelaah kesemua atau beberapa informasi di dalam website Cahaya Metafizik™ ini? Adakah tuan/puan sangat berminat untuk mendapatkan kepelbagaian khidmat yang berkaitan metafizik dan spiritual daripada pihak kami? Kami amat menggalakkan tuan/puan agar membaca dahulu segala soal-jawab/FAQ dan juga terma dan syarat Cahaya Metafizik™ di bawah ini.

SOAL JAWAB BERSERTA TERMA DAN SYARAT: RAWATAN METAFIZIK

Soalan 1: Apakah itu metafizik?

Jawapan: Metafizik adalah sesuatu perkara yang dapat dirasai atau berasa nyata berdasarkan pengalaman tetapi berada di luar skop batasan kajian fizik contohnya seperti ketuhanan, sifat sebenar masa, kesedaran, roh dll. Justeru, sihir, jin serta malaikat dll., juga jatuh di bawah cabang skop metafizik yang berkaitan supernatural.

Soalan 2: Apakah itu rawatan metafizik?

Jawapan: Rawatan metafizik adalah rawatan yang mengambil kira aspek metafizik (perkaitannya dengan keghaiban) terhadap setiap permasalahan yang dihadapi seseorang.  Seperti mana yang diketahui umum, gangguan jinsihir dll. itu adalah masalah ghaib/intangible yang boleh menyebabkan kehidupan seseorang itu menjadi terganggu, maka rawatannnya mesti turut juga sama iaitu bersifat ghaib/intangible lagi holistik. Salah satu kaedah rawatan kami adalah menggunakan aplikasi teori kuantum mekanik iaitu quantum entanglement, quantum superposition, observer effect dan pemahaman tentang quantum ontology. Sebenarnya masih panjang lagi hendak kami huraikan tetapi cukuplah sekadar ini sahaja kerana ilmu berkenaan ini terlalu kompleks.

Soalan 3: Apakah jenis-jenis penyakit yang boleh dirawati menggunakan kaedah metafizik ini?

Jawapan: Kami membantu di dalam merawati gangguan jin, sihir, masalah mental dan juga sakit misteri (penyakit yang doktor perubatan tidak dapat mengdiagnosisnya dengan tepat sedangkan pesakit amat menderita menanggungnya). Kami juga akan membantu melenyapkan segala pasak-pasak jin dan energy blockage (jika ada), menutup kembali lubang-lubang akses keluar-masuk jin pada diri pesakit. Dalam masa yang sama, pesakit juga dapat mempelajari kebangkitan minda di bawah sedarnya.

Soalan 4: Adakah pesakit yang jenis mudah kerasukan/histeria boleh mengalami kerasukan semasa menjalani rawatan metafizik ini?

Jawapan: Tidak, agak sukar bagi mana-mana pesakit hendak termengalami histeria semasa dirawati samada rawatan secara hadir diri ke Cahaya Metafizik Centre mahupun rawatan secara jarak jauh. Logiknya adalah, salah satu dari kaedah rawatan kami adalah menggunakan teknik memanipulasi gelombang/energi yang jenis bersifat kebaikan.

Soalan 5: Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan rawatan secara jarak jauh?

Jawapan: Pesakit perlulah dicekkan dahulu oleh kami apakah kategori gangguan ghaib yang dialami. Setelah keputusan cek gangguan di maklumkan, maka senarai mahar rawatan akan dinyatakan kepada pesakit. Jika pesakit bersetuju, maka mahar rawatan perlu dijelaskan dengan terlebih dahulu kemudiannya barulah nama pesakit itu akan dimasukkan ke dalam senarai giliran menunggu rawatan.

Soalan 6: Biasanya berapa lamakah tempoh masa menunggu setelah nama saya dimasukkan ke dalam senarai menunggu giliran rawatan jarak jauh?

Jawapan: Kami tidak mampu untuk berjanji berapa lamakah tempoh menunggu kerana segalanya bergantung di atas keadaan semasa. Jika terlalu ramai pesakit pada ketika itu, mungkin tempoh menunggu akan menjadi lebih panjang dari kebiasaan sehingga memakan masa berhari-hari juga. Jika pihak kami (perawat), memiliki urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan, mungkin juga sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap tempoh giliran menunggu rawatan. Insha'Allah kami akan berusaha dengan sedaya upaya untuk memperbaiki lagi mutu khidmat kami dari semasa ke semasa.

Soalan 7: Apakah yang perlu saya lakukan semasa rawatan jarak jauh sedang berlangsung?

Jawapan: Pesakit tidak perlu melakukan apa-apa malah tidak perlu juga bersedia mahupun menyediakan apa-apa, teruskan sahaja rutin-rutin harian seperti biasa. Kami akan menguruskan segala-galanya secara profesional di sebalik tabir tanpa menyusahkan para pesakit. Seusai sahaja pesakit dirawati, maka pihak kami akan memaklumkan kepada pesakit dengan kadar yang segera.

Soalan 8: Bagaimanakah cara jika saya mahu mendapatkan rawatan secara hadir diri ke Cahaya Metafizik Centre?

Jawapan: Pesakit perlulah dicekkan dahulu oleh kami apakah kategori gangguan ghaib yang dialami. Setelah keputusan cek gangguan di maklumkan dan pesakit bersetuju untuk mendapatkan rawatan, maka pesakit bolehlah memilih mana-mana tarikh temujanji DI SINI

Soalan 9: Adakah gangguan yang sama boleh berulang kembali setelah dirawati?

Jawapan: Amat jarang sekali pesakit kami mengalami gangguan yang berulang setelah rawatan dijalankan melainkan pesakit itu sendiri yang melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang gangguan itu hadir kembali. Jangan risau, biasanya setelah dirawati, kami akan membekalkan kit panduan yang terperinci DI SINI untuk pesakit amalkan agar kesembuhan itu bersifat berkekalan.

Soalan 10: Perlukah kami mengulangi rawatan susulan seterusnya?

Jawapan: Segalanya bergantung di atas kemampuan pesakit. Ada pesakit yang memerlukan sekali sahaja rawatan, serta ada juga pesakit yang berminat untuk mengulangi rawatan walaupun dirinya tidaklah memiliki gangguan pun. Bagi yang berminat mengulangi rawatan, kami menyarankan agar mendapatkan rawatan 3 hingga 6 bulan sekali dengan perumpamaan seperti mana 'kereta yang perlu diservis'.

Soalan 11: Apakah perbezaan di antara rawatan secara jarak jauh dan rawatan secara hadir diri?

Jawapan: Dari sudut keberkesanan rawatan itu adalah sama sahaja. Jika pesakit menjalani rawatan secara hadir diri ke Cahaya Metafizik Centre, selalunya pesakit bolehlah bertanya kepelbagaian soalan mengenai dirinya kepada pihak kami serta boleh mendapatkan banyak konsultansi (yang mengambil masa banyak dari pihak kami). Maka, sebab itulah mahar rawatan secara hadir diri ke Cahaya Metafizik Centre agak sedikit tinggi dalam beberapa puluh ringgit berbanding rawatan secara jarak jauh yang bersifat jauh lebih direct iaitu cek gangguan dan terus merawatinya.

Soalan 12: Apakah yang perlu kami bawa ke Cahaya Metafizik Centre semasa temujanji rawatan?

Jawapan: Pesakit tidak perlu membawa apa-apa kerana pihak kamilah yang akan menyediakan segala-galanya bagi mempermudahkan urusan buat para pesakit kami. Untuk makluman tuan/puan, parking kereta di Cahaya Metafizik Centre adalah berbayar di bawah Majlis Pembandaran Hang Tuah Jaya dan pesakit boleh membayarnya menggunakan aplikasi SVP Smart Parking Melaka.

Soalan 13: Berapa peratuskah kadar kejayaan rawatan di Cahaya Metafizik Centre?

Jawapan: Alhamdulillah, kebanyakan dari pesakit kami pada sebelum ini telah memberikan maklum balas yang sangat positif setelah mendapatkan rawatan dari pihak kami. Segala-galanya bergantung di atas kadar kepekaan/sensitiviti pancaindera pesakit terhadap energi, semakin peka dirinya terhadap energi maka semakin merasailah kesan sensasi dari rawatan kami. Tidaklah semua pesakit itu rajin untuk memberikan maklum balas, jadi kadar peratusan itu tidaklah kami dapat kirakan tetapi mana-mana pesakit yang telah memberikan maklum balas, kami telah screenshot sedikit di TESTIMONI ini.

Soalan 14: Sekarang ini saya sedang menjalani rawatan di pusat rawatan alternatif yang lain, adakah saya boleh menjalani juga rawatan di Cahaya Metafizik Centre?

Jawapan: Semestinya boleh! kerana rawatan dari pihak kami adalah bersifat universal dan natural. Usah dirisau, ianya tidak akan sesekali mengganggu proses rawatan dari para perawat yang lain-lain.

Soalan 15: Bagaimanakah untuk saya tahu bahawa diri saya ini sudah pun pulih dari gangguan ghaib selepas dirawati?

Jawapan: Oleh disebabkan gangguan ini adalah bersifat ghaib/intangible, maka para pesakit lazimnya dapat merasai kepulihannya melalui daya sensori batin iaitu masalah yang dialami pada sebelum ini telah lenyap ataupun berkurang. Lain pesakit maka lainlah sensasi yang dapat dirasainya selepas rawatan, tidaklah 100% sama.

Soalan 16:
Adakah cek gangguan oleh pihak Cahaya Metafizik Centre itu adalah tepat?

Jawapan: Kami tidak menggunakan istilah 'tepat' kerana istilah yang jauh lebih sesuai adalah 'persis dan jitu'. Metodologi cek gangguan ghaib itu langsung tidak sama berbanding metodologi cek masalah kesihatan fizikal di makmal hospital (contoh: cek darah), elakkan melakukan perbandingan. Di Cahaya Metafizik Centre, kami menggunakan sekurang-kurangnya 3 kaedah spiritual agar keputusan cek gangguan itu persis dan jitu iaitu: Extrasensory Perception, ESP - Remote Viewing, RV,  Islamic Mysticism dan juga Divination dllsebagai ikhtiar.


SOAL JAWAB BERSERTA TERMA DAN SYARAT: PRODUK METAFIZIK

-Masih belum ditulis-


SOAL JAWAB BERSERTA TERMA DAN SYARAT: PROGRAM/KELAS METAFIZIK

-Masih belum ditulis-




Share:

Membantu Pesakit Major Depression Yang Bertahap Maniac


Adakah tuan/puan pernah berpengalaman merasai derita putus cinta sehingga merasakan hidup ini sudah tidak berguna lagi? Kelam? Gelap? Pernahkah tuan-tuan berpengalaman seperti tiba-tiba dikejar seekor anjing atau dijerkah oleh seseorang sehingga berdebar-debar panik? 

Untuk pengatahuan tuan/puan, insan yang mengalami Major Depression Disorder, MDD dan Manic-Depressive Illness (bipolar) bersama Anxiety jauh lebih dahsyat deritanya berbanding seseorang yang menderita putus cinta atau panik/berdebar-debar yang tuan/puan pernah rasai ketika dikejar anjing! 

Inilah cabaran buat pesakit yang hadir ke Cahaya Metafizik Centre pada 04/01/2022. Beliau kerap keluar masuk ward kerana mengalami masalah mental yang tahap agak tinggi sehingga mahu membunuh diri dan memusnahkan harta benda. Berdasarkan pemerhatian kami, masalah mental seperti anxiety dan depression ini lazimnya dialami oleh insan yang  jenis baik hati dan emphath.

Pesakit ini hadir sambil ditemani oleh isterinya. Memang jelas kelihatan beliau sedang alami tekanan jiwa di saat bertemu kami. Bercakap pun seakan-akan mahu atau tidak mahu sahaja. Mujur ada isterinya disisi yang sangat peramah, ceria yang membantu untuk suaminya berkomunikasi dengan kami.

Pesakit ini asalnya adalah seorang yang cukup pintar dan energetik, oleh disebabkan masalah tersebut, maka beliau terpaksa berhenti dari pekerjaanya.

PULIH DARI MASALAH MENTAL BUKANLAH OVERNIGHT PROCESS 

Mungkin sudah suratan takdir, pada beberapa minggu ini, Cahaya Metafizik Centre acap kali dihadiri oleh pesakit yang mengalami masalah yang hampir sama iaitu isu berkenaan mental. Jujur kami katakan, masalah mental ini bukanlah hanya mengambil masa sehari sahaja terus pulih sejurus selepas dirawati. Baik, teruskan membaca.

Mereka yang mengalami masalah mental ini rata-ratanya memang energi rohaninya (lataif) sudah sangat lemah/drain di tahap yang kriktikal. Jasadnya mungkin cukup kadar energinya iaitu Adenosine Triphosphate (ATP) atau kalorinya cukup cuma rohnya sahaja sedang lemah. Sebaiknya perlu dirawati sesuatu yang mengganggu rohnya, bukannya 100% pada jasadnya. 

BENARKAH MASALAH MENTAL DATANGNYA DARI GANGGUAN JIN/SIHIR?

Jika kita bertanya pakar psikologi/psikitari dan doktor perubatan, sudah tentu soalan keterlibatan jin/sihir tersebut tidak ada di dalam silibus pelajaran dan kerjayanya. Jika bertanya kepada ustaz-agamawan yang jenis kaki menghukum pula, silap hari bulan dituduhnya kembali si pesakit itu tidak beriman atau kurang beramalan soleh dll. Mendengari tohmahan seperti itu, mungkin semakin menjadi-jadi pula masalah mentalnya nanti. 

Baiklah, terdapat kepelbagaian faktor yang mengakibatkan masalah mental ini boleh terjadi. Ada yang yang datangnya dari faktor fizikal contohnya ada masalah besar seperti hutang, cinta dll., masalah dari penyakit seperti ketidakstabilan hormon, masalah saraf dll, dan ada juga yang datangnya dari faktor gangguan ghaib seperti jin/sihir termasuk penyakit ain. Kebarangkalian dari faktor gangguan ghain itu mungkin jauh lebih tinggi. 

RAWATAN ALTERNATIF TURUT JUA MEMBANTU

Tahukah tuan-tuan bahawa Stefani Germanotta atau nama popularnya Lady Gaga pernah mengalami sakit mental yang bertahap serius sepanjang kariernya? Sebab itulah persembahan beliau tatkala zaman mudanya viral dengan darah-darah, jijik dan hantu! Beliau kerap keluar-masuk ward akibat masalah mental MDD, Post-traumatic Stress Disorder, PTSD dan fibromyalgia yang bertahap kriktikal. 

Tahukah tuan-tuan beliau perlahan-lahan sembuh dan kembali normal disebabkan apa? Selain dirawat di hospital, beliau turut jua mendapatkan rawatan alternatif seperti mindfulness dan juga kepelbagaian terapi metafizik. Janganlah sesekali putus ikhtiar dan dapatkan juga rawatan secara holistik.

GANGGUAN JIN YANG CUKUP KUAT! 

Semasa kami cek simptom pesakit ini, ya, memang turut terdapat simptom gangguan jin pada dirinya malahan jinnya itu pula teramat-amatlah kuat sekali! Rupa-rupanya faktor beliau alami masalah mental selama ini datangnya dari gangguan jin, bukanlah 100% dari faktor fizikal. 

Mungkin kedengaran seperti tahyul tetapi, bagi sesiapa yang memiliki clairvoyance ability, akan mampulah mengesani kewujudan beberapa 'lubang ghaib besar' di bahagian dada dan perut pesakit ini. Kami ambil masa hampir 5-minit juga untuk menutup akses keluar masuk jin di bahagian tersebut. Pesakit memang mengakui, sakit gerd yang beliau hadapi sangat teruk sehingga tahap termuntah-muntah! 

Apa-apa pun, rawatan kami untuk beliau telahpun selesai setelah mengambil masa 1 jam 30 minit rawatan berserta konsultansi spiritual dan metafizik. Alhamdulillah, beliau menyatakan tubuhnya terasa agak ringan dan sudah boleh bercakap dengan ceria sedikit berbanding sebelum dirawati.

Apa-apapun sensasi rawatan bagi setiap pesakit adalah berbeza-beza. Lain orang maka lainlah tindak balasnya.

Pesakit ini sungguhlah bertuah kerana memiliki isteri yang amat memahami beliau, menyayangi beliau, dan berlapang dada dengan apa yang terjadi pada suaminya selama ini. Bukan semua insan dijodohkan dengan super women sebegini. Inilah ciri-ciri isteri solehah. Mudah-mudahan jodoh beliau kekal sehingga ke syurga tingkat pertama amin.




Share:

Merawati Cabaran Zuriat Dan Sawan/Epilepsi


Di Cahaya Metafizik Centre, pihak kami hanya merawati gangguan jin, sihir dan penyakit misteri sahaja dan selebihnya adalah lebih kepada pembangunan diri dan remodeling minda di bawah sedar pesakit. Kami juga turut membantu buat mereka yang sedang mengalami isu sukar jodoh, ikhtiar rezeki yang terhalang dll. 

Kami tidaklah 100% claim boleh merawati mana-mana penyakit yang terlalu fizikal contohnya seperti kencing manis tahap 2, tulang terkehel, darah tinggi, gout, kanser tahap 3-4 dan lain-lain. Segala penyakit yang secara nyatanya adalah fizikal (bukan misteri/sihir), pihak kami menasihatkan agar para pesakit merujuk juga kepada doktor perubatan yang mempunyai displin ilmu mengenainya.

PASAK JIN PADA ANGGOTA SULIT BOLEH MERENCATKAN KELANCARAN ZURIAT

Baiklah, pesakit yang hadir dari Tangkak, Johor pada baru-baru ini iaitu 21/09/2022, pernah menghidapi sawan/epilepsi yang kerap sehingga dirinya boleh tersungkur di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Orangnya pendiam sahaja, tenang serta pendengar yang sangat bagus. Mujurlah isterinya yang penyayang lagi pintar memiliki pengatahuan metafizik iaitu bagaimana teknik untuk reprogramming kembali minda di bawah sedar suaminya agar tidak lagi mengalami sawan. Alhamdulillah, sehingga kini suaminya kekal sembuh.

Apa yang menjadi cabaran yang kedua adalah, isu zuriatnya setelah sekian lama mendirikan rumah tangga. Kini usia mereka telah pun mencecah 40 tahun dan masih lagi tidak berputus asa menantikan zuriatnya. Tidak mengapa, insha'Allah pihak kami bantu ikhtiarkan. 

Pertama sekali pesakit iaitu suami dan isteri mestilah perlu memeriksa dahulu tahap kesuburan masing-masing di makmal hospital. Jika disahkan subur mahupun tidak subur, barulah boleh meneruskan dengan rawatan alternatif yang pesakit yakini dan mempercayainya. 

Jika ada gangguan jin pada diri si pesakit (contohnya jin Asyik), ianya mestilah dilenyapkan dahulu dan dipastikan lenyap secara kekal, bukanlah lenyap secara sementara lalu jin yang sama boleh kembali datang mengganggu. Jika jin-jin tersebut telah menusukkan pasak-pasaknya pada anggota sulit samada terhadap suami atau isteri, ianya mestilah dicabut/dileraikan juga sekali.

Setelah selesai segalanya itu, kami akan teruskan dengan perkongsian tip spiritual dan metafizik kepada para pesakit bagi melakukan langkah 3, 4 dan 5 secara kendiri di rumah dan ianya sangat-sangat mudah (jangan risau, ia tidaklah wajib). Andai diizinkan oleh yang Maha Kuasa, adalah zuriatnya itu nanti. 

Apa yang penting, apabila ada mana-mana pesakit yang memiliki isu zuriat, maka suami dan isteri mestilah sama-sama dirawati dahulu. 

Apa-apapun, isteri si pesakit ini turut juga mendapatkan rawatan dari pihak kami berkaitan dirinya yang jenis ber-DNA empathy lalu memiliki ciri-ciri bersifat penyerap masalah-masalah manusia di sekitarnya yang menyebabkan hidupnya menjadi cukup-cukup terganggu. Alhamdulillah, kami merawatinya dengan sebaiknya.




Share:

Testimoni Rawatan Metafizik Jarak Jauh Dan Hadir Diri


Semenjak Cahaya Metafizik™ ditubuhkan pada tahun 2017 dan sehinggalah kini, jumlah para pesakit yang telah mendapatkan rawatan alternatif kaedah metafizik dan spiritual secara jarak jauh dan juga hadir diri telahpun mencecah lebih kurang 20,000 orang. Mereka adalah terdiri dari kepelbagaian bangsa, agama dan juga negara kerana rawatan kami adalah bersifat universal.

Seiring dengan kepesatan perkembangan teknologi perawatan di dalam bidang perubatan konvensional di seluruh dunia, maka perkembangan perawatan kaedah metafizik dan spiritual juga turut  sama-sama sedang berkembang dengan terlalu pesat. 

Selain dari solusi agama (cth: ruqyah syariah), tiada masalah untuk pesakit menambah dengan rawatan-rawatan yang seiring dengan peredaran zaman. Ini adalah kerana, kajian mengenai sesuatu yang 'ghaib' seperti consciousness dan quantum physic yang sedang giat dijalankan telah mendedahkan banyak persoalan-persoalan kenapa manusia itu ditimpa masalah yang sungguh misteri dan apakah solusi-solusinya.

Baiklah, di bawah ini adalah testimoni rawatan dari para pesakit yang telahpun mendapatkan rawatan di Cahaya Metafizik™ Centre. Tuan/puan boleh klik butang "Next" dan "back" yang berada di bawah slide gambar tersebut untuk melihat keseluruhan review dari para pesakit kami. Sebaiknya layari sahaja website ini menggunakan PC ataupun laptop.

Testimoni rawatan metafizik-1 Testimoni rawatan metafizik-2 Testimoni rawatan metafizik-3 Testimoni rawatan metafizik-4 Testimoni rawatan metafizik-5 Testimoni rawatan metafizik-6 Testimoni rawatan metafizik-7 Testimoni rawatan metafizik-8 Testimoni rawatan metafizik-9 Testimoni rawatan metafizik-10

Sebenarnya terdapat banyak lagi review dari para pesakit yang kami tidak dapat memuat naiknya (upload) oleh kerana dikhuatiri terlalu banyak pula nanti. Privasi mereka juga kami perlu jaga sebaiknya. 

Setelah kami meneliti kesemua review dari para pesakit, alhamdulillah majoriti dari mereka adalah sangat berpuas hati. Mana-mana pesakit yang tidak berpuas hati pula adalah kerana pihak kami agak lambat dalam membalas whatsapp mereka, itu sahaja. Kami akui, kami memang sentiasa sibuk merawati para pesakit kami.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi kami. Terima kasih.




Share:

Waspada Diri Dari Penyakit Ain



Tahukah tuan-tuan bahawa hampir kesemua manusia itu boleh terlakukan sihir tanpa sengaja? Untuk pengatahuan tuan-tuan, penyakit Ain merupakan salah satu dari mekanisma sihir (manipulasi energi) tanpa disengajakan terhadap seseorang. Pendek kata, istilah penyakit Ain atau Al-Ain itu adalah merujuk kepada penyakit misteri yang terhasil dari pandangan mata manusia.

Para Nabi dan juga para pendeta pada zaman sebelum masihi sentiasa mengingatkan masyarakatnya agar berwaspada terhadap penyakit dari pandangan mata manusia. Setiap agama/bangsa memiliki istilahnya masing-masing iaitu:

  • Antarabangsa: Evil Eye, 
  • Islam: Al-Ain Al-Hasad, 
  • Yahudi: Ayin Hara, 
  • Hindu: Drishti, 
  • Buddha Mahayana: Jashi, 
  • Tamadun Rom: Deochi, 
  • Tamadun Cina: Xié Yǎn, dll.

APAKAH KESAN DARI PENYAKIT AIN? 

Keadaan dan simptom penyakit Ain adalah sangat berbeza antara setiap individu. Lain individu maka lainlah keadaan yang dialaminya ketika menghidapi penyakit Ain. Ada yang tiba-tiba alami:

  • Tekanan jiwa (hilang tenaga) serta anxiety tanpa sebab, 
  • Mata jadi sembab, layu dan gelap, 
  • Wajah/kulit menjadi kusam, tidak berseri (tiada nur), 
  • Berserabut fikiran, panas baran, sedih, 
  • Anak kecil yang sawan tangis (colic), 
  • Rezeki sempit dan urusan agak sulit, 
  • Pekerjaan/pelajaran terganggu, 
  • Penyakit misteri (cth: darah tinggi tanpa kesilapan diet), 
  • Sengal-sengal otot, pinggang, tengkuk, 
  • Dan kepelbagaian lagi.

Apabila penyakit Ain ini menimpa diri, lazimnya lama-kelamaan tidak mustahil suatu masa nanti individu tersebut akan terlalu menderita lalu boleh membunuh diri. Ini banyak terjadi terhadap golongan public figure. 

MEKANISMA TERJADINYA PENYAKIT AIN 

Pernah dengar atau tidak istilah "zikrullah adalah makanan bagi rohani"? Bagi pengganut agama lain atau para ancient/new age, mereka akan bermeditasi untuk memperkuatkan rohani (verb; energy).

Untuk memperkuatkan tenaga tubuh jasad, kita perlu makan sesuatu zat yang fizikal contohnya seperti nasi, daging dll., dan sebaliknya untuk memperkuatkan rohani, kita mesti merperkuatkan tenaga dalaman atau dipanggil enlightenment. Boleh dengan cara berzikir atau mindfulness. 

Jika kita menjadi public figure contohnya artis, sudah tentu akan banyak pandangan mata yang memerhati. Jikalau rohani/spiritual kita tidak kuat, sudah tentu akan dimamah penyakit Ain! 

Sebab itu banyak public figure yang tiba-tiba merasa pelik dengan dirinya, rasa tidak bermaya, serabut, hilang kewarasan. Untuk mengelakkan keadaan pelik yang melanda diri tersebut, selalunya mereka akan mengambil dadah.

Ramai ahli spiritual menyatakan bahawa; pandangan dari mata manusia yang terlalu fokus (taksub) dengan sepenuh emosi akan memancarkan satu gelombang tertentu lalu synchronize ke dalam tubuh insan yang diperhatikan tersebut. 

Jika insan itu memiliki rohani yang kuat, maka ianya tidak memberi kesan apa-apa pun. Jika insan itu rohaninya lemah, maka sudah tentu insan tersebut akan ditimpa penyakit Ain. Amat lebih merbahaya lagi jika si tukang pandang tersebut memiliki tenaga dalam yang kuat dan yang dipandang itu pula memiliki rohani yang lemah.

CARA MERAWATI PENYAKIT AIN 

Penyakit Ain ini bukanlah gangguan jin tetapi lebih kepada sihir yang dipancarkan oleh mata manusia tanpa mereka sengaja pun. Adakah mereka berdosa? Jawapannya tidak kerana ianya bukan sengaja malah langsung tidak tahu menahu. 

Jika terasa wajah/tubuh kita cantik atau 'sado', elakkan ianya menjadi tontonan umum contohnya kurangi memuat naiknya di media sosial. Jika mahu memuat naik juga, pastikan rohani kita kuat dahulu. Dikhuatiri akan ada yang taksub memandang (atau dengki).

Andai sudah ditimpa penyakit Ain, rawatannya tidaklah semudah A,B,C, tetapi tetap boleh diikhtiarkan dan ramai sahaja pesakit yang telah sembuh. Kami mungkin mengambil sedikit masa untuk merawati mereka yang ditimpa penyakit Ain kerana lazimnya penyakit Ain itu telahpun memberi kesan terhadap mental mereka. Amalkan selalu zikrullah atau mindfulness, banyakkan berkawan dengan golongan healer, mandi garam dan pelbagai lagi.




Share:

Etika Rawatan Alternatif Di Cahaya Metafizik Centre, Kuantan



Jika tuan/puan melihat ada beberapa foto kami di website ini yang sedang berkopiah, ianya bukanlah menandakan kami ini seorang ustaz, ustazah ataupun agamawan. Kami (Anwar Suran) memakai kopiah adalah kerana disebabkan malas hendak menyikat rambut yang agak panjang dan lurus. Apa-apapun, kami di Cahaya Metafizik Centre ini hanyalah seorang parapsychologist dan alternative healer sahaja iaitu:

  • Mengambil tahu hal entiti/anamoli/mistik, 
  • Mendalami ilmu spiritual dan metafizik, 
  • Merawati gangguan ghaib.

Jadi, mohon elakkan memanggil kami dengan gelaran ustaz serta elakkan juga menganggap kami ini alim atau agamawan. Panggil sahaja para perawat di sini dengan panggilan nama atau encik, atau tuan, puan dll.

ETIKA RAWATAN DI CAHAYA METAFIZIK CENTRE

Di Cahaya Metafizik Centre, kami sentiasa berusaha untuk menjaga etika rawatan dan layanan kami di mana kami tidak akan sesekali:

  • Menghukumi personaliti/kesilapan pesakit contohnya: "kamu tidak beriman", "kamu kurang berzikir" dll., 
  • Tidak mengkritik/mengulas kaedah rawatan di tempat-tempat yang lain, 
  • Kegembiraan dan kemesraan adalah prinsip utama kami, 
  • Kami akan sedaya upaya mempermudahkan segala urusan pesakit tatkala rawatan, 
  • Kami akan mendengar masalah pesakit sebaik-baiknya tanpa prejudis (berburuk sangka).

KAEDAH RAWATAN KAMI

Kaedah rawatan kami pula adalah terlalu banyak tekniknya. Kami memegang prinsip iaitu kaedah ikhtiar itu adalah pelbagai, bukanlah hanya dengan satu kaedah sahaja. Jika tidak sembuh dengan cara 'ini', maka perlulah ikhtiar dengan cara 'itu' pula dan juga seterusnya sehinggalah masalah pesakit itu sembuh ataupun menjadi paling minima dengan izin Allah Taala. 

Langkah pertama adalah kami perlu memeriksa dahulu kategori dan simptom gangguan ghaib pada diri setiap pesakit iaitu adakah ianya gangguan jin? sihir? sakit fizikal/perubatan? dll. 

Setelah diberitahu kepada para pesakit apakah jenis gangguan yang dialaminya serta kadar maharnya, maka para pesakit itu bolehlah memilih samada mahu meneruskan rawatan ataupun mahu menangguhkannya dahulu.

Kami akan menawarkan dua pilihan rawatan iaitu: 


Dari segi keberkesanan rawatan, kedua-duanya adalah sama sahaja cuma bezanya adalah, jika pesakit hadir diri ke Cahaya Metafizik Centre, mereka akan mendapat sesi konsultansi dll. Dari segi mahar/kos pula sudah tentu rawatan jarak jauh sedikit rendah. 

Kami juga seboleh-bolehnya tidak akan menjadikan pesakit itu alami kerasukan/histeria. Kami mengutamakan suasana yang indah, damai, dan ceria insha'Allah (kerana kami amat sukakan ketenangan). 

Lazimnya partner kami juga (Farhah Hamid) akan membantu di dalam sesi rawatan kerana kehadiran beliau adalah menjadi pelengkap terhadap sesi rawatan tersebut. Mereka yang pernah hadir ke sini sahaja yang tahu keterlibatan beliau di dalam merawati para pesakit.




Share:

Merawati Wanita Yang Kerap Meraga Sukma/Out Of Body Experience, OBE



Tahukah tuan-tuan bahawa, Out of Body Experience, OBE atau di dalam bahasa Melayunya iaitu meraga sukma itu adalah nyata? Justeru, segelintir dari populasi manusia di dunia ini memang pernah memiliki pengalaman mengenainya. Begitulah yang dialami oleh pesakit kami yang hadir ke Cahaya Metafizik Centre pada 14/08/2022, yang mana beliau terlalu kerap mengalami OBE sehingga trauma.

Pesakit ini datang jauh dari Kuching Sarawak, orangnya lembut sahaja, berseri, introvert serta ibu kepada 3-orang anak. Beliau sangat awet muda kerana usianya hampir mencecah 40-tahun tetapi wajahnya seperti berusia awal 20-an.

Apakah OBE itu? Ianya seolah-olah seperti diri/roh/jiwa terkeluar dari jasad lalu merayau-rayau di mana-mana sahaja. Fenomena/anamoli ini tidaklah memiliki dalil yang tepat mengenainya, tetapi sains tetap meneruskan kajiannya tentang ini.

BERPENGALAMAN MELIHAT ROH ORANG MATI

Apa yang diceritakan ini hanyalah dari pengalaman beliau sahaja malah ianya kategori paranormal. Usah judge to quickly, layankan sahaja kisahnya bagi sesiapa yang berminat untuk mengatahuinya. Sebaliknya, bagi sesiapa yang jenis skeptikal, maka abaikan sahaja penulisan ini.

Beliau menyatakan bahawa, beliau pernah OBE ke tanah perkuburan cina di perkampungan Duyong di Melaka (kawasan kampung Hang Tuah), lantas melihat banyak roh-roh orang cina berada di sana termasuklah roh-roh orang Islam. Adakah tuan-tuan ingin tahu apa yang dikatakan oleh roh itu kepada beliau?
Agama itu sebenarnya tiada. Semua orang setelah mati, sama sahaja!
Setelah beliau tamat OBE (kembali ke jasad), beliau agak trauma kerana pengalamannya itu adalah melibatkan akidahnya. Sebab itu OBE ini terlalu bahaya, boleh gila isim dibuatnya.

Antara pengalaman OBE lain yang dari beliau adalah, beliau pernah terbang ke atas langit dan lalu mendapati setiap langit itu memiliki lapisan-lapisannya. Malah, setiap lapisan-lapisan di langit itu pula terdapat para 'penduduknya' (macam roh). Beliau lantas meneruskan terbangnya menembusi setiap lapisan-lapisan langit itu sehinggalah beliau dihalangi oleh penduduk di langit yang jauh lebih atas, lalu beliau kembali ke jasadnya.

Sebenarnya banyak lagi pengalaman OBE beliau yang diceritakan kepada kami tetapi kami tidak mampu menulisnya di sini kerana mungkin terlalu ramai yang akan berkata itu kisah yang 'merepek', 'mengarut', 'halusinasi', 'gila' atau 'sesat lagi menyesatkan'.

Untuk pengatahuan semua, segala pengalaman OBE beliau itu adalah secara tidak sengaja. Beliau juga pernah OBE ke rumah jiran sebelahnya serta ke bandar-bandar. Beliau turut menyatakan, semasa sedang OBE, beliau dapat melihat manusia-manusia lain yang turut jua sedang OBE dan dapat difahami dengan automatik bahasa-bahasa mereka.

RAWATAN ALTERNATIF MENGENAINYA

Semasa rawatan alternatif dijalankan, beliau dapat merasai yang mana tubuhnya seolah-olah tertarik ke belakang iaitu dari posisi sedang bersandar menjadi posisi terbaring. Apa-apa pun beliau layankan sahaja proses rawatan tersebut dengan damai dan tenang.

Kami telah ikhtiar merawati bahagian ubun-ubun kepalanya, kawasan jantungnya, pusatnya serta kawasan-kawasan lain tanpa perlukan sentuhan. Setelah ditanggalkan segala spirit attachment pada dirinya, rawatan pun tamat. 

Mungkin selepas ini beliau masih boleh ter-OBE tanpa sengaja tetapi jauh dengan lebih selamat, insha'Allah. Kenapa kami berkata sedemikian? Kerana otak beliau sangat-sangat pantas mencapai getaran/frekuensi mod theta serta mungkin hormon N, N-dimethyltryptamine DMT-nya agak banyak rembesan.

Kami turut kongsikan kepada beliau tip-tip tentang belief system, rawatan kendiri dan emotional spiral agar tidak lagi diganggu oleh jin-jin atau roh-roh tatkala beliau sedang terhadapi mod getaran/frekuensi theta.

INFORMASI LAIN TENTANG OBE

Seperti mana yang kami tuliskan di perenggan yang pertama, OBE itu adalah nyata (bukan dongeng). Oleh kerana hanya segelintir sahaja insan yang mengalaminya tidak kira bangsa dan agama, maka mereka telah dianggap sewel atau gila oleh masyarakat. Sains pula menyatakan golongan ini mengalami traumatic brain injuries. 

Golongan-golongan spiritual rata-ratanya adalah berpengalaman mengenainya. Kepelbagaian istilah telah dijanakan seperti perjalanan jiwa, Near-Death Experiences, NDE, vivid dream dll. Suatu ketika dahulu, Central Intelligence Agency, CIA pernah menggunakan kaedah ini untuk mengorek rahsia terhadap negara-negara lain serta melaksanakan projek rahsia Stargate.

Kami sendiri pun pernah berpengalaman OBE ini sewaktu dahulu kala semata-mata niat untuk 'ingin tahu'. Terakhir kami pernah OBE adalah pada tahun 2020. Sebenarnya, tiada apa-apa teknik khusus pun untuk OBE ini (tiada mantera atau doa pun), hanya niatkan sahaja sebelum tidur. Segalanya bergantung atas izin yang Maha Kuasa. Kami pun tidak berminat untuk bercerita lebih, biarkan ianya berlalu.




Share:
Visit My URL

Kod QR Pembayaran Cahaya Metafizik™

Sebarang Pertanyaan, Nyatakan Di Sini













Jumlah Pengunjung Cahaya Metafizik™